SAJA

01 july 2011


admin kolej ade cakap, result sem 2 tahun lepas keluar 30june2011.
rupanya keluar waktu pagi tadi je, aku sendiri tak sempat nak cek result.
kawan-kawan satu batch ramai dapat 3 pointer. tiga orang dapat 'DEKAN'.
i mean. OMG!!! DEKAN?? hebat giler!! >,<


nie yang tambah takut ni. :(
takut down dari sem pertama je. :(
harap-harap ade harapan lah.


diorang kata, 5 july nie pulak result keluar balik 
huuu~ kecut perut nie derrr~


Ya Allah berikanlah aku keputusan yang baik :(
Amin~


tak tidur aku satu hari nie. :)
ting tong kejap tadi. macam-macam perangai dah tadi.
badmood, goodmood, gila, sedih
Goshh!! menghitung hari lah aku nie nampak nyer :)




*minum air suling*


sakura, 06:33am

WELCOME JULY

01 july 2011


selamat datang dan selamat pagi JULY :) 


seronoknya JULY sudah tiba :)
agaknya dah sampai kampung ke June ?? :(


lepas ni kite bersiar-siar ya JULY :) 


*di perhentian bas*




sakura, 06:13am



GOODBYE

30 june 2011


hari ni hari terakhir untuk june berada di sini. :(


i'm gonna miss youuu :( 


seronok berkawan dengan june :)




*menunggu di stesen kereta api*


sakura, 22:51pm

BATU PERMATA

29 june 2011


antara batu dan permata yang mana menjadi pilihan?


ramai orang jawab permata yang menjadi pilihan dan mungkin saya jugak akan jawab benda yang sama jika saye tertipu...


kenapa tak jawab batu? 


permata tu memang cantik, sekali pandang terus terpikat :)
tak ada bandingya permata itu dengan batu yang hodoh dan kasar.
tapi pernah mereka semua nilai permata dan batu itu sedalam yang mungkin?
permata yang berkilau dari luaran memang mudah buat kite terpegun.
tapi pernahkah kite selidik permata itu asli atau palsu? 
rupa yang cantik di luar tapi rupa dalamnya hanyalah FAKE .


macam batu pulak, memanglah kalau kita tengok dari luar permukaan yang kasar, hitam,
kalau letak tepi permata, tak ade sape nak pandang batu tu. kesian die :(
bagi mereka semua, memang layak batu tu duduk di tepi jalan. >,<
tak patut. tak patut.
pernahkah kite selidik pulak disebalik batu tu ade apa?
bukan ada udang ye. dan bukan disebalik belakang batu. tapi di dalam batu itu sendiri.
pecahkan batu tu, lihat dalam batu itu, penuh dengan kilauan permata yang asli yang masih belum dipolish lagi. 
keaslian yang memang kite lihat sendiri di depan mata. **,
cuba letak permata dan batu yang pecah tu di tempat same.
tentu mereka semua akan lebih tertarik dengan keunikan dan kilauan dalam batu itu sendiri.


seperti itu jugak dengan manusia, 
jangan ingat manusia yang cantik, berkedudukan ini semuanya mulia dan tulus dalam hatinya.  (hipokrit)
dan sememangnya manusia yang hodoh, miskin itu, kalau dalam hatinya tulus dan mulia,
akan terserlah kecantikan luarannya.


*yang sempurna? tidak mungkin ada di dalam dunia ini*


sakura, 20:17pm



FREAK

29 june 2011


hari nie, 27 rejab mengikut kalendar islam :)


baru lepas sahur dengan momy :) 
makan ala kadar jer :)
best nye dapat puase dengan momy .
nanti time berbuke, nak masak untuk momy :)


tapi sebelum tu, tadi ada seorang makhluk FREAK terase lebih dengan saye.
i thought only girl yang ade sikap phD nie, it's normal for us.
hey! suke ati saye lah nak cakap apa pun. tak ada kaitan dengan awak pun.
awak nak panas kenapa??? 
bodoh lah orang yang macam tu, terpelajar+kaya tapi otak singkat.
buat malu kaum kau jer.
DESPERATE!


*hilang pahale puasa*




sakura, 05:46am

SANG CINTA

28 june 2011


hati berbicara pada sang cinta.


apa kau buat dekat sini? siapa panggil kau? bila pula tuan aku panggil kau? aku tak dengar pun dia panggil kau, kalau aku dengar, dah tentu aku bagi kau masuk dalam ni. kau nak tunggu kat luar tu? apa yang kau dapat? nanti kau sakit kena hujan air mata waktu malam nanti. aku tak boleh buka pintu lagi sebab kunci hilang. aku tak dapat tolong kau, payung? aku tak ada payung. kau ni degil lah. balik lah ke tempat asal kau. jangan muncul sini lagi. kunci? dah lama kunci aku hilang. aku pun dah lama tak buka pintu, dah lama tak terima tetamu. sekali sekala tu marah ada jugak datang singgah, mengadu kisah hidup dia dekat aku. Sedih pun datang jugak, mesti kau kenal dia kan? mereka suka jumpa aku. tapi sunyi kerap ketuk pintu aku ni, kadang-kadang malas dah aku nak buka pintu ni, kalau datang pun, aku tengok dia, dia tengok aku. kami tak banyak bersembang pun. apa? Gembira? ada menyinggah jugak, kalau datang mesti bawak cerita yang buat aku ketawa. tapi kau ni, macam baru je dekat sini. aku risau lah dengan kau. kau boleh ke duduk luar sorang-sorang nie? kalau macam tu, aku masuk dulu lah. kalau kau kena hujan air mata nanti jangan salahkan aku pulak. ingat tu. bye~


*hati mengintai sang cinta disebalik tingkap*




sakura, 20:40pm

CARI APA?

27 june 2011 


psstt~
awak dekat mana? tak nampak pun. ~.^
keluarlah nak tengok :)


haa.. keluar pun :) kenapa lama sangat?


G : tengah cari sesuatu.


cari apa? 0.o'' nak saya tolong carikan? saya tolong awak ye. :)


G : dah jumpa!!!! :)


apa yang awak jumpa? **.


G : tuu~ sikap awak yang ambil berat tentang saye ^^,


*tersipu malu*




sakura, 21:16pm

ANAK AYAH

27 june 2011


bila solat subuh sudah ditunaikan.
buka tingkap, hirup udara nyaman di waktu pagi.


anak kecil : ayah ayah. hari nie hari isnin kan?


si ayah : ye. cepat masuk kereta :)


anak kecil : lecehnya, ada perhimpunan pagi-pagi :(


si ayah : dah .. cepat-cepat.


*terkenang sewaktu kecil dulu* :)


sakura, 06:35am

SECOND BLOG

27 june 2011


ini  blog yang kedua dari saya.
blog ini terhasil untuk saya menghiburkan hati saya. :)
selamat membaca kawan-kawan :)


sakura, 03:28am