GAUN PUTIH

30 sept 2011


turun gadis bergaun putih dari sebuah tangga.
muzik romantik berkumandang.
senyum gadis itu melihat sekililing dewan memandangnya.


hadir tiga jejaka di hadapan, menghulur tangan kepadanya.
siapakah yang menjadi pilihannya?
tangan siapa yang akan disambutnya?


*menyambut tangan si dia*


sakura, 19:32pm

NUKILAN BUKU KECIL

29 sept 2011


sengsara untuk mengatakan sayang kamu.
sengsara untuk merobek hati yang semakin merah jambu.
apa susahnya? katakan saja, lakukan saja.


bagaimana? ambil buku ini.
buku apa? buku kecil yang kosong.
untuk apa? itulah tempat untuk melepaskan rasa sakit dan sunyi.


*nukilan terhasil*


sakura, 10:59am

BERTAHAN

28 sept 2011

seronok ditiup angin. terasa seperti berada di awangan.
seronok melihat keindahan Kuala Lumpur. seperti sedang melukiskan bandar Kuala Lumpur. aku berjanji di situ juga. berpaut jari jemari. seakan angin merestui. terima kasih .

*cuba untuk bertahan*

sakura, 23:11pm

GUGUP

25 sept 2011


peratus denyutan jantung adalah 102% . tekanan darah yang abnormal. suntikan ubat penenang telah disediakan. duduk di kerusi sambil tangan berpeluh dan kaki yang sejuk.


sang mantan : sebenarnya.. saya sukakan awak!


si lurus : tapi saya sayangkan awak. :)


*lampu bilik ICU menyala*


sakura, 18:40pm

KAKU

24 sept 2011


aku bodoh, tapi aku bukan hina. 
aku pendusta, tapi aku bukan pengkhianat.


bila bumi menjadi hura-hara.
saat itu, kau mencari si bodoh dan pendusta ini.
kau bertanya tentang kiamat.
dan di saat itu, kau telah terlambat.
kerana si bodoh dan pendusta ini mungkin telah mati.


mati bersama ketenangan.


*bertaubatlah sebelum kau melihat mentari barat*


sakura, 22:22pm

DIA

24 sept 2011


dia sangat bermakna buat aku.
dia ingat segala tentang aku.
dia tahu apa mahu aku.
dia tidak pernah kecewakan aku.
dia sangat penyayang.
dia jujur pada aku.
dia baik pada aku.
aku tak mahu dia jauh dari aku.
aku ingin sekali bertemu dengannya.
aku ingin sekali memeluknya.
aku ingin dia menatap mata aku.
tak mungkin bagi aku untuk melepaskannya.
tak mampu untukku tidak memerlukannya.
tak sanggup untuk aku menyakitinya.
aku sayang dia.


*dia adalah hati aku*


sakura, 21:55pm 

KENAPAKAH

10 sept 2011


suatu hari di kedai makan...


pelayan: ya. adik mau makan apa?


aku: saya nak makan er...erm...er... nasi goreng USA . :)


pelayan: minum?


aku: air kosong.




5minit kemudian...


~melihat hidangan~


aku: bang! saya mintak nasi goreng USA lah.


pelayan: habis tu? bendera apa? JEPUN?


aku: -.-'' 




*berkibar bendera USA terpacak di atas nasi goreng*


sakura, 20:09pm

TALI CINTA

10 sept 2011


selama ini aku berjalan bersama kau. kau sentiasa mengekori aku dari belakang. walaupun aku tidak melihat kau. tapi aku dapat rasakan dan tahu kau mengekori aku setiap masa, dan detik. kau berubah suatu hari itu, kau tidak lagi cuba untuk mengekori aku. kau membelokkan haluan kau, atau kau tidak mahu lagi mengikut aku??? aku berjalan sendiri, meraba aku di belakang aku, kau tiada. putus!!! tali cinta aku putus!! tali sayang aku putus!! kau berubah. aku menjadi kosong. hati aku tidak lagi penuh dengan bunga kasih dan cinta dari kau. aku tak sangka setelah sekian lama. tali itu hilang. dengan mudah kau memutuskannya. aku kini sepi.


*si bodoh cuba menangkap tali cintanya*


sakura, 04:29am

CANTIK

08 sept 2011


cantik. betul cantik. sangat cantik. sungguh sekali. memang cantik. tak sangka cantik. kenapa cantik sangat ni? cantiknya. cantiklah. memang tak duga cantik sekali. benar cantik.




*puji si buta kepada si tuli*


sakura, 11:36am