CHECK

30 nov 2011


check list :


29nov-8dec
  • final exam theory and practical at ASK



16 dec
  • settle the fees



18 dec 
  • watching movie with my family



31 dec
  • happy birthday to me!



sakura, 17:13pm

GADIS

24 nov 2011




background music untuk si dia.
si dia yang telah banyak memberi Gadis kekuatan
si dia yang telah banyak memberi Gadis senyuman
si dia yang telah banyak memberi Gadis kasih sayang
dan si dia yang telah mewujudkan cinta di hati Gadis.


kini si dia akan pergi, hilang, jauh.
ke mana? untuk bersama yang tercinta.
yang sudah pasti bukan milik Gadis.


bagaimana Gadis akan teruskan hidup?
setelah hatinya hancur. berkecai.
mungkin si dia tidak tahu, tidak nampak sebelum ini harapan diberi bertalu-talu.
Gadis bodoh menyambut dengan girang. 
Gadis bodoh yang tak tahu erti benci.
Gadis bodoh yang hanya kesakitan dan merindui si dia.
merindui segala kenangan.
merindui segala gurauan.
mengapa Gadis harus menanggung?
apa salah Gadis?


Gadis tetap menyayangi si dia?
kenapa?
segala jawapan Gadis, hanya Dia di atas yang tahu.
kini semua menjadi pendam.
segalanya masih bertahan.




*titis air mata jernih*


sakura, 01:04am



PERTAMA AKHIR

20 nov 2011


awak. saya sayangkan awak. masih sayangkan awak.
saya tak mampu membenci awak.
awak baik sangat pada saya.
kenapa saya jahat? saya rasa tak adil untuk awak.
awak terlalu mengambil berat tentang saya.
sampai saya pernah cakap... "rimaslah!!"
tapi awak diam dan senyum saja.
saya sakit hati tengok awak tak marah saya.
apa masalah awak?
lepas tu! awak suka sangat curi-curi ambil gambar saya! kenapa?
awak tak jawab juga! diamlah! sampai bila? 
semakin marah saya dibuatnya!


suatu hari saya rasa sunyi sangat,
kenapa ya? mata saya pula mencari-cari sesuatu.
kemudian baru saya sedar, awak tiada disisi saya ketika saya memerlukan awak.
awak! awak kat mana? kenapa awak tak telefon saya?
kenapa awak tak mesej saya? saya menanti dengan penuh harapan.
saya rasa seperti kosong.
tiba-tiba~
saya lihat kawan awak datang sambil menangis.
saya pelik, dan tanya dia.
dia diam dan terus menangis.
saya mula rasa lain macam. saya paksa dia!
dan dia bagitau saya.....
awak dalam wad ICU.
sebab???
sebab awak kena langgar dengan kereta.


tak sangka air mata mula mengalir diwajah saya.
saya terus ke hospital, mencari awak.
awak! tolong bertahan. saya datang.
saya sempat melihat awak dalam wad.
awak kritis sangat, mata awak terbuka, dan awak melihat saya.
kemudian awak melihat ke arah satu sudut.
saya melihat juga, dan saya ternampak satu kotak kecil.
saya pergi ke situ, dan memngambilnya. 
bila saya buka, saya lihat banyak kepingan gambar yang awak ambil.
semua gambar saya. 
gambar ketika saya ketawa, marah, merajuk, sedih, termenung, semua ada.
dan di belakang kepingan gambar itu, awak tulis tarikh dan apa yang berlaku pada saya ketika itu.
saya membaca semuanya!
dan saya terlihat sekeping surat di atas meja yang agak kotor, kerana terkena kesan darah sedikit.
saya membuka dan membacanya.


"awak selalu marah saya, dan bersikap kasar terhadap saya, awak selalu menolak saya ketika saya mendekati awak, awak selalu menengking saya ketika saya mengambil gambar awak. tapi hari ini, saya tahu, awak akan senyum dan menangis bila melihat hadiah ini. saya tahu awak akan suka, dan saya nak awak tahu kenapa saya diam dengan segala kelakuan awak. sebab saya sangat mencintai awak. awaklah cinta terakhir saya. 


p/s: maafkan saya sebab terlambat bagi hadiah hari jadi untuk awak."


saya mula menangis ketika membaca semua ini.
saya sedar saya tak menghargai awak selama ini.
saya sedar saya teruk. tapi saya ego! keras kepala!


saat saya menoleh kebelakang, awak bernafas semakin kuat, keadaan awak tenat.
tangan awak erat mengenggam tangan saya.
satu nafas panjang dihembus perlahan-lahan.
mata awak terpejam rapat.
jantung awak tidak lagi berdegup.
awak...awak...awak...awak..!!!!!
kenapa!??? kenapa awak tinggalkan saya??
awak kata sayalah cinta terakhir awak! tapi awak adalah cinta PERTAMA saya...!!


saya menangis di kubur awak..satu bisikan dari hati saya untuk awak di sana...


~dan awak juga cinta TERAKHIR saya...


*menyiram air bunga di atas tanah merah*


sakura, 01:14am





SANG MANUSIA

17 nov 2011


sawang! sawang! banyak sawang dalam belog!
sapu sapu!


hari ini aku celoteh tentang kau sang manusia.
kau punyai ruang yang besar untuk pergi, kenapa kau pilih ruang sempit yang ada dia??


kau senyum pada dia, kau ambil berat tentang dia.
TETAPI kau kutuk dia dibelakangnya!
sang manusia yang tidak ada perasaan itu adalah engkau!
kau bodoh! kau jahat! 
tapi kau bukan yang terkutuk.
kesian dia. kesian kami.
kerana menjadi mangsa kau!
bertuah dia. bertuah kami.
kerana mendapat pahala secara tak langsung.


ahhh! sang manusia yang menyusahkan.
ada kau di sini, 
memenatkan mataku untuk melihat kau.
membelitkan lidahku untuk berkata-kata baik dengan kau.
menyakitkan aku untuk bersikap 'plastik' dengan kau.


pergi! jauh! lagi jauh!
sehinggakan seurat rambut kau pun aku tak dapat lihat.


*melihat burung patah sayap berjalan*


sakura, 11:43am

ANAK KECIL

13 nov 2011


diketika hujan renyai rintik-rintik.
anak kecil sedang berjalan bersama ayahnya.
pimpin tangan erat, berlari anak.
sambil mulut berkata...


"ayah! ayah! cepat. jangan bagi ibu tinggal kita"


*menangis ayah melihat kerenah anak*


sakura, 18:03pm

BERAT

11 nov 2011


11.11.11 bersamaan hari jumaat. 


aku sekarang dalam proses untuk menurunkan berat badan
berat badan yang akan aku singkirkan.
nyah kau! kau penceroboh yang aku jemput dari pinggan yang terhidang dihadapan aku.


aku nekad. 
aku akan teruskan.
aku ingin kembali seperti dulu!
mampukah aku??


insya allah~


*menghirup air suam*


sakura, 13:43pm

OMBAK BIRU

06 nov 2011




seorang adik yang ingin menyatakan sesuatu pada abangnya.


Adik: abang! abang! adik selalu tunggu bulan penuh!


(si abang tak menjawab)


Adik: sebab adik nak tengok wajah abang dalam bulan tu.


Adik: abang! abang! adik selalu tunggu hujan turun!


(si abang masih tak menjawab)


Adik: sebab adik nak main hujan dengan abang!


Adik: abang! abang! adik selalu tengok ombak biru kat laut. tapi adik tak tunggu pun ombak tu!


(si abang masih berdiam)


Adik: sebab adik tau kasih sayang abang setia macam ombak biru tu. dan....
abang lah ombak biru adik.... (nafas terhenti..)


(setelah sebulan...pulangnya seorang abang dengan titisan air mata...)


*si adik pergi buat selamanya*


sakura, 22:35pm

MENANTI

05 nov 2011


buka jendela, lihat cuaca yang mendung.
embun dari pohon rimbun menitis berirama.


sambil menghirup teh panas, 
melihat langit yang dipenuhi himpunan awan.
sinar mentari yang masih lena dibuai mimpi.
belum masanya untuk bersinar.


angin pagi sayup bertiup.
sejuk pagi ini.
duduk di meja berhampiran.
komputer riba dibuka.
menaip sesuatu yang bermain difikiran.
menanti kesudahan yang telah dimulakan.


siapakah aku yang sebenarnya?
mengapa aku berada di sini?
apakah yang telah aku lakukan?


yang pasti aku sangat kerdil disisi-MU.


*menanti sinar timur terbit*


sakura, 08:26am