SUDAH PENAT

28 Jan 2013

sekuntum bunga mawar merah, 
aku jaga ia dengan baik, 
aku siram bunga tu! setiap hari.
supaya bunga tu terus mekar di depan mata aku.

aku harapkan bunga mawar ini tetap percaya 
bahawa aku yang layak menjaganya
kenapa?? khianat?
ahh! tak mungkin!
kau semua dengki kan?

dan aku cuba petik bunga mawar yang indah ini.
tetapi! aduh! 
kenapa duri menyucuk jari aku?
jadi benarlah kau tidak percaya pada aku?
sedangkan aku cuba petik kau untuk aku hiasi dalam rumah ini.
bukan dibuang. :')

duri kau telah membuat jari aku menitis darah
sakit! tergamak kau mawar merah!
sudah berulang kali kau tusuk jari ini.
dan sampai saat itu.
kau buat lagi mawar!

aku sudah penat menjaga kau,
terlalu lama aku bertahan. 
luka yang aku dapat?
Mungkin kau seronok,
Mungkin kau sekuntum bunga, tetapi tak mahu dijagaku.
Maafkan aku.
Aku terpaksa letak di luar pagar rumah.
duduklah kau di situ.
Semoga ada yang ingin menjaga kau.
Jangan kau tusuk dia dengan duri lagi.
Seperti aku.

terima kasih
kerana izinkan aku bertahan dan menjaga kau mawar merah berduri. :')

*mencium bau mawar merah*

sakura, 01:55am

LUPAKAN SAJA

15 Jan 2013

engkau siapa?... kekasih mu sayang
engkau dari mana?... hati mu sayang
engkau milik siapa? engkau milik siapa?

...soalan atau perangkap? kenapa kau tidak tahu jawapan kepada soalan itu? 
aku tahu kenapa kau tanya aku
kerana kau curiga pada aku
boleh. buatlah. 
aku hanya akan diam dan diam dan diam

saat aku merasakan "bisa" dari sikap kau
aku hanya akan tersenyum dan embun pedih akan keluar dari mata ini.

ketika kau melutut pada aku,
terimalah kenyataan jawapan ini.
"lupakan sahaja" :')

*tulisan kabur*

sakura, 22:26pm

MERAH YELLOW

10 jan 2013

bunga mawar merah mekar 
dihias dalam pasu kecil atas meja.
guli kaca sudah mampat dalam balang
dijaga setiap hari mawar merah.
dinding batu putih menyerlahkan kemerahan mawar.
terbuka jendela angin sepoi menjenguk
terbang halus langsir putih.

pintu kayu terbuka perlahan
masuk bersama bunga matahari.
menggantikan tempat mawar merah yang kian layu.
jahanam!

*guli kaca berterabur di atas lantai putih*

sakura, 00:34am

ANJING HITAM

06 Jan 2013

seteko air teh untuk dicicah dengan biskut,
biskut lembik dalam teh,
pudar terus warna teh.
nak minum pun geli,
bukan kerana biskut semata-mata,
tetapi kerana 'orang' yang menyicah biskut itu,
mungkin lalai mungkin paksaan,
supaya warna teh pudar.

seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat,
rakyat membelot menentang pemimpin,
buruk terus personaliti pemimpin,
nak percaya pun susah,
bukan kerana rakyat semata-mata,
tetapi kerana 'anjing hitam' punya angkara,
mungkin lalai mungkin paksaan,
supaya pemimpin dipandang serong.

*rumah buruk masih ada yang singgah*

sakura, 00:15am


YEAR 2013

03 Jan 2013

Selamat Tahun Baru 2013

dah lama tak update blog.
inilah masanya uuntuk update.
banyak benda nak update.

31 Dec 2012 - was my birthday.
Happy Belated Birtday to me. :)
i got a laptop from my dad.
it was awesome! The latest Windows 8 and i5 intel.
thanks daddy.
my mom gave me a shoe :) 
so sweet. thank you momy
my grandma gave me $$ :)
yeay! thankyou Ma.

01 Jan 2013 - New Year!
i'm so excited!
Alhamdulillah. i still can breath in this small world.
Thank you Allah. 
make a wish! and new me!

Thats all.
open sem, almost come.
so i think i should get prepare from now :)

*cuci sawang dalam blog*

sakura, 21:03pm