KAMU

30 march 2013

bukan mudah.
bukan mudah.
bukan mudah.

memang bukan mudah.
setiap kata dari bibir merah jambu?
bukan mudah untuk dipercayai.
rupa indah, dalam macam haram.
tak selesa? jadi kenapa?
jangan beritahu aku walaupun aku kenal kamu.
jangan tunjuk diri bodoh itu depan aku
sebab? bukan mudah untuk aku memaafkan kamu nanti.

naluri kecil ini masih ada rasa hormat pada si sakit ini.
kerana telah banyak simpati pada dia yang dilihat.
diam seribu satu malam.
anggap ini tiada apa-apa.
jangan risau. kau tetap aku anggap baik.
kerana bukan mudah untuk membenci.

*perhatikan kamu dari dekat penuh kesakitan*

sakura, 02:09am

PUIH

06 march 2013

bukan senang nak cari 
bukan senang nak jumpa

setiap perlakuan itu ada kepayahan pada mulanya
setiap usaha itu ada kegagalan pada mulanya
semua itu bukan pengakhiran
kerana permulaan ada di depan, sedang menanti.
benar-benar di sempadan.
besar ganjarannya, tak rugi langsung.

cuma....
cuma....
cuma jangan lupa asal usul
setelah sampai ke puncak
sebab takut tuan tanah datang terajang keluar
halau dari tempat berdirinya sang juara 
sekarang bergelar bekas juara yang tak reti bersyukur.
puiih!!

*rendam kaki dalam sungai*

sakura, 02:34am