31 DICIEMBRE

31 dec 2011


there was a girl born in 31 dec 19....
this girl was born at her hometown. and live in KL for 16 years.
she was a capricorn girl
she is very sensitive girl.
she's love making friends.
she is happy go lucky person, open minded, sporting, and caring!
well. that's all i know about her. :P


may god bless her. 
and always be with her no matter what.
and hoping one day that she'll be a success person in this world :)
Insya Allah.


HAPPY BIRTHDAY TO ADEEQ AMALYNA. 


*pray to ALLAH*


sakura, 00:30pm

OH MY RESULT

30 dec 2011


walau tahun nie tak dapat 3 pointer.
aku tetap bersyukur, sebab aku masih lagi mendapat result tinggi (cume tak lebih dari 3) !!!! -.-
nak buat macam mana, dah itu yang aku dapat dari hasil usaha telus aku.
aku dah cuba sedaya upaya tahun ni, 
memang tahun ni aku rasa aku akan jatuh pointer. 
terlalu banyak subjek yang berat aku nak kena siapkan.
kepala otak aku ni pun tak sepintar orang lain.
dengan hal peribadi lagi. 
p/s : pengajarannya jangan masukkan hal peribadi dalam study


Ya Allah, aku bersyukur kerana masih memberi aku kelulusan pada semua subjek.
aku redha kalau ini keputusan untuk sem ini,
Insya Allah, aku akan dapat lebih tinggi sem depan!
BERUSAHA lagi!. aku boleh. 
aku kena usaha! aku kena urus masa dengan lebih sistematik.
i can do it. 


*tidur depan laptop*


sakura, 16:47pm



ME EDIT

28 dec 2011


i love doing editing, but i'm not good in editing. 
it just my hobby when i feel alone at home ;)

my 37th editing

it was at PTWC

for my beloved cousins

for my little sis and my best friend

my 36th editing

all by Diciembre

sakura, 01:56am



KENYATAAN

27 dec 2011




saya sedang menghitung hari. 
tolong lah. saya sangat suka menghitung hari yang menyeksakan ini.
kenapakah ini menjadi habit saya???
arrghh! saya sedang menghitung hari lagi.
hari dihitung lagi.
saya sudah ada kemajuan.
saya semakin tertekan. itulah kemajuan saya.
seronoknya menjadi penghitung hari.
rasa seperti berjalan pada skala -10.
saya dapat ganjaran? sudah tentu!


ganjarannya ialah




*blackout


sakura, 21:54pm

CUBA INGAT

20 dec 2011


"Assalamualaikum", kata Firas kepada Adrianna.


"awak nak pergi mana?" tanya Firas kepada Adrianna.


Adrianna terus berdiam tanpa berkata apa-apa. Dia terus menjeling dan mengalihkan pandangannya.


Firas terus berkata, "sombongnya awak" . 
Adrianna terus berkata, 
"saya bukan sombong, tapi saya tak kenal awak."
"Cuba awak ingat balik siapa saya", jelas Firas kepada Adrianna.


Adrianna kemudian terimbas kembali ketika dia di dalam lrt putra ingin duduk di atas bangku, tetapi terduduk di atas riba Firas.


"saya minta maaf, saya tak sengaja masa tu, saya tak perasan dan terus terduduk atas awak." jelas Adrianna.


Firas kemudian menenangkan perasaan Adrianna.
"eh, tak apa lah awak. tak rugi apa-apa pun.", kata Firas dengan selamba kepada Adrianna.


"memang lah awak tak rugi apa-apa pun!", perli Adrianna kepada Firas.


Firas kemudian tersenyum dan menundukkan kepalanya sambil tangannya menggaru kepala seolah-olah seperti mentertawakan Adrianna.


*kereta api berhenti*


sakura, 01:46am

MENEMANI

19 dec 2011




saat air kopi dituang.
sepiring roti dihidangkan.


kedengaran air kopi dihirup.
datang seorang jejaka menghampiri.
berkata sesuatu.
sesuatu yang tak dijangka.
piring roti terjatuh dari meja.


"awak terkejut? maafkan saya."


berlalu pergi lelaki itu sambil tersenyum.
terngiang di telinganya tentang yang dikatakan oleh jejaka itu.


"awak selalu sendirian bersama kopi dan roti, tapi awak tak perasan bunga daisy yang menemani awak?"


*memegang bunga dan tersenyum*


sakura, 22:35pm



YANG SATU LAGI

12 dec 2011


Saat membuka tirai hati itu,
cuba mencari apa yang ada di dalam sana,
naluri kuat mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati yang satu lagi.


apa yang cuba naluri sampaikan?
masih mencari dan terus tanpa jemu.
apa yang bermain difikiran?
masih belum mendapat jawapan.
mungkin ada lagi sakit yang akan datang menjenguk atau menetap terus di dalam hati yang satu lagi?


cuba untuk tidak mempedulikannya,
tapi ditepis oleh kotak fikiran.
apa semua ini?
kenapa semua menolak?


tiba-tiba...
mata dua ini, 
terpandang sesuatu yang telah lama memandang ke arah lain.
ini rupanya kata naluri,
ini rupanya yang bermain difikiran,
ini rupanya yang ditepis kotak fikiran,
ini rupanya sakit yang datang menetap.


kesian hati yang satu lagi,
apa boleh dilakukan?
pandangan dialihkan,
segalanya musnah.
sakit datang membawa dendam.


dendam? adakah sekadar menjenguk? atau menetap juga?


*hati yang satu lagi tiada jawapan untuk itu*


sakura, 10:29am

KASIH SAYANG

09 dec 2011


apa rasanya bila kawan tikam dari belakang?


kita suka berkongsi rahsia dengan dia.
dia lah kawan yang kita percayai.
tapi suatu hari nanti kita ditikam dari belakang.
kenapa dia menceritakan rahsia kita pada orang lain?
kenapa dia buat cerita?
sedih ke kita rasa?
tak!
kecewa ke kita rasa?!
tak!
tapi sakit yang amat dihati ini.


sanggup nya dia!!


saya tak kisah.
kawan saya ramai. saya harap awak terima padahnya nanti.




dari kiri ialah pinky, saya, aroha!
love them! always with me! i don't want to lose you guyz! <3

ini sahabat baik saya capit! 
seorang yang tetap pendirian,kelakar,bijak,baik dan suka buli saya!
(he's taken by Shafiza okey! my cute lil sis ^^)

dari kiri aro, nisha, pinky
chubby2 semua kan? tapi cantik! meletup!
tapi diorang lah peneman saya tak kira masa bila.
diorang sangat kelakar, dan suka buat saya ketawa.
(boleh jugak nak cakap diorang nie kepoh! ehehe)

ini akhmal! 
(wanted! $1000) ^^
suka cari gaduh dengan saya! annoying! 
hate him! but miss him! :(
(tapi kini hilang entah ke mana! sibuk ape tah!)
p/s : please come back! nak gaduh ngan kau! (macam adik kehilangan abang pulak)

ini Bong! erkk.. ignore sebelah kanan tu ye.
ngeee~
Bong dah macam abang kami!
dia ni suka nak menang annoying jugak kadang-kadang.
tapi apa-apa pun sayang Bong!
sebab Bong ada sifat prihatin terhadap kami! ^^


I LOVE THEM ALL! diorang lah the best!
tak caya? cubalah tanya! :P

sakura, 09:52am

BE MINE

03 dec 2011




boy : do you want a hug?
girl : no
boy : do you even know what i just said?
girl : yes
boy : what did i said then?
girl : do you want a hug?
boy : well, as you wish. i always do :)


*she's speechless*


sakura, 00:17am

AL-FATIHAH

01 dec 2011


hye december! 


dalam kita bersuka ria,
ada tangis di hujung sana.
tangis kerana kehilangan yang amat memilukan.
kehilangan sesuatu yang berharga.
dulu dia masih ada di atas muka bumi, 
kini dia telah pergi.
pergi kerana sakit yang ditanggungnya.
takdir Ilahi tak mampu kita salahkan.
redha dengan ketentuanNya.
segala yang terjadi ada hikmahnya.
semoga dia dicucuri rahmat.


tawa,senyum,kenangan bersamanya tentu segar diingatan abang kan?
bertahan ya abang. 
adeeq tau abang kuat!


Al-Fatihah buat arwah kakak abang yang telah pergi buat selamanya.


*senyap seketika*


sakura, 00:23am

CHECK

30 nov 2011


check list :


29nov-8dec
  • final exam theory and practical at ASK



16 dec
  • settle the fees



18 dec 
  • watching movie with my family



31 dec
  • happy birthday to me!



sakura, 17:13pm

GADIS

24 nov 2011




background music untuk si dia.
si dia yang telah banyak memberi Gadis kekuatan
si dia yang telah banyak memberi Gadis senyuman
si dia yang telah banyak memberi Gadis kasih sayang
dan si dia yang telah mewujudkan cinta di hati Gadis.


kini si dia akan pergi, hilang, jauh.
ke mana? untuk bersama yang tercinta.
yang sudah pasti bukan milik Gadis.


bagaimana Gadis akan teruskan hidup?
setelah hatinya hancur. berkecai.
mungkin si dia tidak tahu, tidak nampak sebelum ini harapan diberi bertalu-talu.
Gadis bodoh menyambut dengan girang. 
Gadis bodoh yang tak tahu erti benci.
Gadis bodoh yang hanya kesakitan dan merindui si dia.
merindui segala kenangan.
merindui segala gurauan.
mengapa Gadis harus menanggung?
apa salah Gadis?


Gadis tetap menyayangi si dia?
kenapa?
segala jawapan Gadis, hanya Dia di atas yang tahu.
kini semua menjadi pendam.
segalanya masih bertahan.




*titis air mata jernih*


sakura, 01:04am



PERTAMA AKHIR

20 nov 2011


awak. saya sayangkan awak. masih sayangkan awak.
saya tak mampu membenci awak.
awak baik sangat pada saya.
kenapa saya jahat? saya rasa tak adil untuk awak.
awak terlalu mengambil berat tentang saya.
sampai saya pernah cakap... "rimaslah!!"
tapi awak diam dan senyum saja.
saya sakit hati tengok awak tak marah saya.
apa masalah awak?
lepas tu! awak suka sangat curi-curi ambil gambar saya! kenapa?
awak tak jawab juga! diamlah! sampai bila? 
semakin marah saya dibuatnya!


suatu hari saya rasa sunyi sangat,
kenapa ya? mata saya pula mencari-cari sesuatu.
kemudian baru saya sedar, awak tiada disisi saya ketika saya memerlukan awak.
awak! awak kat mana? kenapa awak tak telefon saya?
kenapa awak tak mesej saya? saya menanti dengan penuh harapan.
saya rasa seperti kosong.
tiba-tiba~
saya lihat kawan awak datang sambil menangis.
saya pelik, dan tanya dia.
dia diam dan terus menangis.
saya mula rasa lain macam. saya paksa dia!
dan dia bagitau saya.....
awak dalam wad ICU.
sebab???
sebab awak kena langgar dengan kereta.


tak sangka air mata mula mengalir diwajah saya.
saya terus ke hospital, mencari awak.
awak! tolong bertahan. saya datang.
saya sempat melihat awak dalam wad.
awak kritis sangat, mata awak terbuka, dan awak melihat saya.
kemudian awak melihat ke arah satu sudut.
saya melihat juga, dan saya ternampak satu kotak kecil.
saya pergi ke situ, dan memngambilnya. 
bila saya buka, saya lihat banyak kepingan gambar yang awak ambil.
semua gambar saya. 
gambar ketika saya ketawa, marah, merajuk, sedih, termenung, semua ada.
dan di belakang kepingan gambar itu, awak tulis tarikh dan apa yang berlaku pada saya ketika itu.
saya membaca semuanya!
dan saya terlihat sekeping surat di atas meja yang agak kotor, kerana terkena kesan darah sedikit.
saya membuka dan membacanya.


"awak selalu marah saya, dan bersikap kasar terhadap saya, awak selalu menolak saya ketika saya mendekati awak, awak selalu menengking saya ketika saya mengambil gambar awak. tapi hari ini, saya tahu, awak akan senyum dan menangis bila melihat hadiah ini. saya tahu awak akan suka, dan saya nak awak tahu kenapa saya diam dengan segala kelakuan awak. sebab saya sangat mencintai awak. awaklah cinta terakhir saya. 


p/s: maafkan saya sebab terlambat bagi hadiah hari jadi untuk awak."


saya mula menangis ketika membaca semua ini.
saya sedar saya tak menghargai awak selama ini.
saya sedar saya teruk. tapi saya ego! keras kepala!


saat saya menoleh kebelakang, awak bernafas semakin kuat, keadaan awak tenat.
tangan awak erat mengenggam tangan saya.
satu nafas panjang dihembus perlahan-lahan.
mata awak terpejam rapat.
jantung awak tidak lagi berdegup.
awak...awak...awak...awak..!!!!!
kenapa!??? kenapa awak tinggalkan saya??
awak kata sayalah cinta terakhir awak! tapi awak adalah cinta PERTAMA saya...!!


saya menangis di kubur awak..satu bisikan dari hati saya untuk awak di sana...


~dan awak juga cinta TERAKHIR saya...


*menyiram air bunga di atas tanah merah*


sakura, 01:14am





SANG MANUSIA

17 nov 2011


sawang! sawang! banyak sawang dalam belog!
sapu sapu!


hari ini aku celoteh tentang kau sang manusia.
kau punyai ruang yang besar untuk pergi, kenapa kau pilih ruang sempit yang ada dia??


kau senyum pada dia, kau ambil berat tentang dia.
TETAPI kau kutuk dia dibelakangnya!
sang manusia yang tidak ada perasaan itu adalah engkau!
kau bodoh! kau jahat! 
tapi kau bukan yang terkutuk.
kesian dia. kesian kami.
kerana menjadi mangsa kau!
bertuah dia. bertuah kami.
kerana mendapat pahala secara tak langsung.


ahhh! sang manusia yang menyusahkan.
ada kau di sini, 
memenatkan mataku untuk melihat kau.
membelitkan lidahku untuk berkata-kata baik dengan kau.
menyakitkan aku untuk bersikap 'plastik' dengan kau.


pergi! jauh! lagi jauh!
sehinggakan seurat rambut kau pun aku tak dapat lihat.


*melihat burung patah sayap berjalan*


sakura, 11:43am

ANAK KECIL

13 nov 2011


diketika hujan renyai rintik-rintik.
anak kecil sedang berjalan bersama ayahnya.
pimpin tangan erat, berlari anak.
sambil mulut berkata...


"ayah! ayah! cepat. jangan bagi ibu tinggal kita"


*menangis ayah melihat kerenah anak*


sakura, 18:03pm

BERAT

11 nov 2011


11.11.11 bersamaan hari jumaat. 


aku sekarang dalam proses untuk menurunkan berat badan
berat badan yang akan aku singkirkan.
nyah kau! kau penceroboh yang aku jemput dari pinggan yang terhidang dihadapan aku.


aku nekad. 
aku akan teruskan.
aku ingin kembali seperti dulu!
mampukah aku??


insya allah~


*menghirup air suam*


sakura, 13:43pm

OMBAK BIRU

06 nov 2011




seorang adik yang ingin menyatakan sesuatu pada abangnya.


Adik: abang! abang! adik selalu tunggu bulan penuh!


(si abang tak menjawab)


Adik: sebab adik nak tengok wajah abang dalam bulan tu.


Adik: abang! abang! adik selalu tunggu hujan turun!


(si abang masih tak menjawab)


Adik: sebab adik nak main hujan dengan abang!


Adik: abang! abang! adik selalu tengok ombak biru kat laut. tapi adik tak tunggu pun ombak tu!


(si abang masih berdiam)


Adik: sebab adik tau kasih sayang abang setia macam ombak biru tu. dan....
abang lah ombak biru adik.... (nafas terhenti..)


(setelah sebulan...pulangnya seorang abang dengan titisan air mata...)


*si adik pergi buat selamanya*


sakura, 22:35pm

MENANTI

05 nov 2011


buka jendela, lihat cuaca yang mendung.
embun dari pohon rimbun menitis berirama.


sambil menghirup teh panas, 
melihat langit yang dipenuhi himpunan awan.
sinar mentari yang masih lena dibuai mimpi.
belum masanya untuk bersinar.


angin pagi sayup bertiup.
sejuk pagi ini.
duduk di meja berhampiran.
komputer riba dibuka.
menaip sesuatu yang bermain difikiran.
menanti kesudahan yang telah dimulakan.


siapakah aku yang sebenarnya?
mengapa aku berada di sini?
apakah yang telah aku lakukan?


yang pasti aku sangat kerdil disisi-MU.


*menanti sinar timur terbit*


sakura, 08:26am

MENGADA

01 nov 2011


mana pula ni???

hello!!! awak kat mana???
hm.. susah nya nak jumpa dia ni.
awak kat mana? keluar lah!

B : saya tak boleh keluar :(

G : kenapa? 

B : saya terperangkap :(

G : awak jangan buat saya risau. awak terperangkap kat mana?

B : dalam hati awak :)

G : -.- keluarlah! main-main pulak!

B : tak nak!

G : kenapa pulak? 

B : saya suka duduk dalam hati awak, saya janji saya duduk diam-diam. :)

G : -.- okey! saya pergi tengok wayang sorang2. duduk lah dalam tu diam-diam.

B : baik! :)

G : lurus! 

B : ^.^

*si jejaka setia menanti gadisnya*

sakura, 00:42am

PLASTIK

28 okt 2011


duduk di satu meja. sambil minum milo panas.
teringat tentang seseorang.
makhluk yang menjadi perosak kepada semua hubungan dalam kalangan nya.
tiada berteman kerana mulut yang tidak dikawalnya.
tiada keikhlasan untuknya, kerana dirinya yang hipokrit.
kini kau sunyi. sunyi dan terdesak.
terdesak ingin berkawan. terdesak ingin bercinta. terdesak ingin bersuka ria.
gembira hati melihat kau terkapai-kapai mencari teman.


kerusi dihempas!
kau meraih teman dengan kawan baik aku! 
kau cuba untuk rapat dengan nya.
kau cuba untuk rampas tempat aku!
kau jangan fikir itu mudah untuk kau makhluk terdesak!
aku berjanji akan pertahankan hubungan aku dan dia dari dihancurkan oleh perosak seperti kau!


sakit hati melihat kau melekat pada kawan baik aku.
tapi kau sendiri dapat lihat kan? 
siapa yang dicarinya bila sendiri?
aku!! bukan makhluk seperti kau!
kau selamat dengan rahsia terbesar kau.
dia masih tak tahu siapa kau sebenarnya.
topeng pada wajah kau masih kuat melekat .
suatu hari dia akan lihat rupa sebenar kau!


bukan dari aku, tapi dari kau sendiri!


*kaca berderai, darah menitis*


sakura, 09:37am

KHILAF

26 okt 2011



Sayang kamu ada dimana
Jawab saat diriku bertanya
Kini engkau telah berubah
Kau tak seperti yang biasanya
Kini engkau telah berubah
Kau tak seperti yang biasanya
Yang aku tau
Dulu kau tak begitu
Tapi sekarang engkau berubah
Kau membuatku terluka
Apa diriku bersalah
Yang aku tau
Kamu menyayangiku
Namun sekarang kau tidak lagi
Kau tinggalkan ku sendiri
Diatas putaran bumi
*menangis sendirian*
sakura, 00:47pm

MUNCUL

24 okt 2011


kenapa kau datang lagi?
kau sengaja muncul depan aku kan?
aku benci kau!


pergi kau dari sini!
masa silam yang tak akan aku rindui.


*pen dicampak ke sudut dinding*


sakura, 03:37am

THINK

17 okt 2011


kenapa aku boleh tersilap?
kenapa aku yang disalahkan?
apa masalah kau hah?
aku cuba yang terbaik.
baiklah, baiklah, baiklah, baiklah!!!!


I'M SORRY CAUSE I CAN'T STOP THINKING BOUT YOU.


*she's crying alone*


sakura, 13:32pm

MOON HALO

14 okt 2011


on 09 okt 2011.
ramai yang terlihat fenomena lingkaran bulan pada malam itu.
ada yang mengatakan itu petanda kiamat.
ada yang mengatakan itu petanda akan berlaku bencana buruk.
wallahualam~


yang aku tahu nama fenomena bulan tu, Moon Halu/Halo (22 degree lunar halo)
berlaku akibat awan sirus yang mengandungi kristal ais, pantulan cahaya dari bulan membiaskan cahaya tersebut lalu terjadilah fenomena ini. 
(ini pun maklumat yang aku dapat kat internet)


malam ni, pada pukul 23:48pm tadi.
aku dapat tengok fenomena moon halo lagi.
tapi kali ini warna-warna oren mengelilingi sebalik awan. cantik!!
tapi banyak persoalan yang berada kat kepala nie.


warna biru.


nie yang aku tengok tadi.


*melihat teleskop*

sakura, 00:12am 

SIAL

12 okt 2011


aku rindukan penjaga hati aku.
kat mana dia. 
bodoh lah!!


kau kat mana sial??
aku sayang kau lah gila!


*lihat bulan indah*


sakura, 20:47pm

SEKILAS

10 okt 2011


in english class...


Boy : apa maksud i'm hungry?


Gurl : saya lapar.


Boy : apa maksud i'm not stupid?


Gurl : saya tak bodoh.


Boy : apa maksud i love you?


Gurl : saya cintakan awak.


Boy : i love you too. :)


Gurl : -.- ......


*he's running away*


sakura, 21:32pm

HUG YOU

08 okt 2011


there's a boy telling something to a girl ..


boy : can i say i love you today?


girl : if not?


boy : can i ask you again tomorrow?


girl : if not?


boy : can i ask the day after tomorrow?


girl : if not???


boy : then the day after that? 


girl : why you are so stubborn?


boy : cause i will loving you every single of my life.


*a girl is hugging that boy


sakura, 22:33pm

KHIANAT

04 okt 2011


terjaga pada jam 04:29am.
melihat facebook yang tidak di log out lagi.
terlihat sesuatu.


sakit! kecewa! benci! menyesal! terluka! sedih!
pasrah dan sangat bodoh.
sedih dan sangat kecewa.


terkenang kenangan indah, tapi segalanya koyak.
muka buku yang indah menjadi kotor.
aku terasing sebentar.


mencari sesuatu . bukan cari parut lama yang berdarah!!
SIAL MANUSIA PENGKHIANAT.
LEBIH HINA DARI PENDUSTA.


*jam 04:33am terlelap di depan kata-kata*


sakura, 04:35am

GILA

01 okt 2011


penutup botol wain dibuka.
3 sahabat duduk semeja, tawa riang.
cheersss! gelas kaca diletak dibibir.
wain merah dihirup 3 sahabat.
mengenang seksaan hidup yang dialami.


gembira, meraikan kematian yang bakal menimpa diri.


*Jeffery Reddick menghisap rokok Dunhill*


sakura, 22:06pm



GAUN PUTIH

30 sept 2011


turun gadis bergaun putih dari sebuah tangga.
muzik romantik berkumandang.
senyum gadis itu melihat sekililing dewan memandangnya.


hadir tiga jejaka di hadapan, menghulur tangan kepadanya.
siapakah yang menjadi pilihannya?
tangan siapa yang akan disambutnya?


*menyambut tangan si dia*


sakura, 19:32pm

NUKILAN BUKU KECIL

29 sept 2011


sengsara untuk mengatakan sayang kamu.
sengsara untuk merobek hati yang semakin merah jambu.
apa susahnya? katakan saja, lakukan saja.


bagaimana? ambil buku ini.
buku apa? buku kecil yang kosong.
untuk apa? itulah tempat untuk melepaskan rasa sakit dan sunyi.


*nukilan terhasil*


sakura, 10:59am

BERTAHAN

28 sept 2011

seronok ditiup angin. terasa seperti berada di awangan.
seronok melihat keindahan Kuala Lumpur. seperti sedang melukiskan bandar Kuala Lumpur. aku berjanji di situ juga. berpaut jari jemari. seakan angin merestui. terima kasih .

*cuba untuk bertahan*

sakura, 23:11pm

GUGUP

25 sept 2011


peratus denyutan jantung adalah 102% . tekanan darah yang abnormal. suntikan ubat penenang telah disediakan. duduk di kerusi sambil tangan berpeluh dan kaki yang sejuk.


sang mantan : sebenarnya.. saya sukakan awak!


si lurus : tapi saya sayangkan awak. :)


*lampu bilik ICU menyala*


sakura, 18:40pm

KAKU

24 sept 2011


aku bodoh, tapi aku bukan hina. 
aku pendusta, tapi aku bukan pengkhianat.


bila bumi menjadi hura-hara.
saat itu, kau mencari si bodoh dan pendusta ini.
kau bertanya tentang kiamat.
dan di saat itu, kau telah terlambat.
kerana si bodoh dan pendusta ini mungkin telah mati.


mati bersama ketenangan.


*bertaubatlah sebelum kau melihat mentari barat*


sakura, 22:22pm

DIA

24 sept 2011


dia sangat bermakna buat aku.
dia ingat segala tentang aku.
dia tahu apa mahu aku.
dia tidak pernah kecewakan aku.
dia sangat penyayang.
dia jujur pada aku.
dia baik pada aku.
aku tak mahu dia jauh dari aku.
aku ingin sekali bertemu dengannya.
aku ingin sekali memeluknya.
aku ingin dia menatap mata aku.
tak mungkin bagi aku untuk melepaskannya.
tak mampu untukku tidak memerlukannya.
tak sanggup untuk aku menyakitinya.
aku sayang dia.


*dia adalah hati aku*


sakura, 21:55pm 

KENAPAKAH

10 sept 2011


suatu hari di kedai makan...


pelayan: ya. adik mau makan apa?


aku: saya nak makan er...erm...er... nasi goreng USA . :)


pelayan: minum?


aku: air kosong.




5minit kemudian...


~melihat hidangan~


aku: bang! saya mintak nasi goreng USA lah.


pelayan: habis tu? bendera apa? JEPUN?


aku: -.-'' 




*berkibar bendera USA terpacak di atas nasi goreng*


sakura, 20:09pm

TALI CINTA

10 sept 2011


selama ini aku berjalan bersama kau. kau sentiasa mengekori aku dari belakang. walaupun aku tidak melihat kau. tapi aku dapat rasakan dan tahu kau mengekori aku setiap masa, dan detik. kau berubah suatu hari itu, kau tidak lagi cuba untuk mengekori aku. kau membelokkan haluan kau, atau kau tidak mahu lagi mengikut aku??? aku berjalan sendiri, meraba aku di belakang aku, kau tiada. putus!!! tali cinta aku putus!! tali sayang aku putus!! kau berubah. aku menjadi kosong. hati aku tidak lagi penuh dengan bunga kasih dan cinta dari kau. aku tak sangka setelah sekian lama. tali itu hilang. dengan mudah kau memutuskannya. aku kini sepi.


*si bodoh cuba menangkap tali cintanya*


sakura, 04:29am

CANTIK

08 sept 2011


cantik. betul cantik. sangat cantik. sungguh sekali. memang cantik. tak sangka cantik. kenapa cantik sangat ni? cantiknya. cantiklah. memang tak duga cantik sekali. benar cantik.




*puji si buta kepada si tuli*


sakura, 11:36am

RAYA MERDEKA

26 ogos 2011


SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 


seronok merayakan kemerdekaan kita.


*menyarung baju kurung jalur gemilang*


sakura, 22:32pm



PELACUR

21 ogos 2011


dasar perempuan bodoh.
betina murah.
kaki main jantan.
pelacur jalang


kau bohsia high class.
kau merokok dan menjual maruah kau di hotel jalan kuala lumpur.
kau seronok bermain dengan nafsu lelaki di luar sana.
kau suka diratah.


kau adalah perempuan yang malang.
kau hidup dalam keadaan terumbang-ambing.
kau suka menikmati hidup dengan duit haram.
kau berdandan kerana mahu maruah kau tergadai.


gincu merah kau menjadi pucat setelah kau ditinggalkan di tempat pembuangan sampah.
seronok bergaul dengan jalang-jalang di luar sana.
kenapa kau masih tidak berubah.
tinggalkan semua ini.
jangan pernah cari dia lagi. 
kau adalah najis dan perosak.


jangan pernah sebut nama dia lagi.
jangan pernah cuba dapatkan dia.
dia kini sudah lupakan kau.
dia sudah ada yang baru, lebih baru dari diri kau yang sudah layu dan busuk.




*bulan semakin pudar ditutupi kabus malam*


sakura, 21:14pm

SUDU

21 ogos 2011




suatu petang di klinik 1 malaysia....


doktor : pak cik, pak cik ni demam biasa sahaja. nanti saya bagi ubat, pak cik minum ubat ini 2 sudu je satu hari yer?


pakcik : baiklah. (sambil bangun)


keesokan malam di klinik 1 malaysia...


doktor : macam mana boleh tambah serius ni?


pakcik : pak cik tak cukup sudu dekat rumah. ada satu saja sudu. pakcik minum lah satu sudu je tuan doktor.


doktor : ........ -.-'


*jarum suntik patah*


sakura, 12:07pm

DAH KENA

20 ogos 2011


Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit 'OK! Mak, dah kena!”


mak : terima kasih ~  T.T


*kicauan burung di langit*


sakura, 23:22pm





SHORT

20 ogos 2011


macam mana saya boleh lupakan awak? tak mungkin.
macam mana awak boleh tahu apa saya rasa? tak mungkin.




*mata saling bertentangan*


sakura, 06:12am

ROMPAK

16 ogos 2011




jom lah cepat. nak serba salah apa? tak ada salahnya. ramai dah orang buat kerja nie. aku tengok tak siapa pun yang kena tangkap. kau takut apa lagi!?? penat aku plan hari baik punya! hari lain takut orang penuh. kau ingat senang nak buat kerja ni? kadang-kadang hasil ala kadar je. tak menguntungkan kau. memang lah ada, tapi tak banyak kau dapat. sikit je. sebab orang lain dah dapat dulu. diorang tak akan tunggu kau dah! jom lah! kau fikir apa lagi?? masa dah suntuk lah.


ermmm... tak berdosa ke merompak ilmu???


*terlepas buku dari tangan*


sakura, 21:10pm