duduk di satu meja. sambil minum milo panas.
teringat tentang seseorang.
makhluk yang menjadi perosak kepada semua hubungan dalam kalangan nya.
tiada berteman kerana mulut yang tidak dikawalnya.
tiada keikhlasan untuknya, kerana dirinya yang hipokrit.
kini kau sunyi. sunyi dan terdesak.
terdesak ingin berkawan. terdesak ingin bercinta. terdesak ingin bersuka ria.
gembira hati melihat kau terkapai-kapai mencari teman.
kerusi dihempas!
kau meraih teman dengan kawan baik aku!
kau cuba untuk rampas tempat aku!
kau jangan fikir itu mudah untuk kau makhluk terdesak!
aku berjanji akan pertahankan hubungan aku dan dia dari dihancurkan oleh perosak seperti kau!
sakit hati melihat kau melekat pada kawan baik aku.
tapi kau sendiri dapat lihat kan?
siapa yang dicarinya bila sendiri?
aku!! bukan makhluk seperti kau!
kau selamat dengan rahsia terbesar kau.
dia masih tak tahu siapa kau sebenarnya.
topeng pada wajah kau masih kuat melekat .
suatu hari dia akan lihat rupa sebenar kau!
bukan dari aku, tapi dari kau sendiri!
*kaca berderai, darah menitis*
sakura, 09:37am
No comments:
Post a Comment