NEED

19 August 2013

cantiknya awak :)
"haa? terima kasih"

*pendek bodoh tapi tak sia-sia*

sakura, 01:20am

AIDILFITRI

19 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN -08 JULY 2013






sakura, 01:17am


SEBUT

20 July 2013

Kupas kulit limau,
isi ranum,
tapi masam,
terus campak dalam longkang.

macam tu lah si cantik yang suka menipu. 
Sialan.

*tikus berkeliaran dikakinya*

sakura, 00:00am

KEGEMARAN

19 July 2013

apa kegemaran kamu?

kali kedua aku tanya, jangan buang masa aku.
apa kegemaran kamu?

"kamu"

*merah pipi marah atau malu?*

sakura, 19:10pm

ORI ITU ASLI

19 July 2013

Seriously!!
You talk to much my girl!

"well then, answer me! barang ni original atau tidak?"

i don't care, yang penting kamu original untuk aku. Serabutlah! 

"ermmmm..okay!" ^_^

*the girl keep talking to her bf and talking non stop"

sakura, 19:03pm

ANGKA 143

13 July 2013

sampai bila? jam berapa harus berakhir?
bilang pada aku.
sepatah pun tiada jawapan.
kau bisu? atau bodoh?

"yang pasti cinta aku untuk kau tiada angka"

jangan jiwang dengan aku.
aku sedang marah.

"aku cuma berkata benar, selamat malam"

*rambut diusap lembut, lampu dipadam. Tidurlah gadis lurus*

sakura, 00:26am

SCAN HATI

12 July 2013

Saya minta maaf.
Saya tak pandai scan harga.
Jangan paksa saya.

apa yang awak tahu?

"scan hati awak" .

*silent moment*

sakura, 18:20pm

SEMUA SATU

10 July 2013

Kau cuit hati aku pakai jari.
aku tak rasa apa-apa.

kau cuit bibir aku dengan nafsu.
aku tak rasa apa-apa.

kau cuit cinta aku dengan satu lafaz.
aku terkedu. 

aku kini bergelar isteri.

*dahi dicium sang suami*

sakura, 00:37pm

AKU SIRIUS

08 July 2013

Sayang kamu.
Cinta kamu.

Zuriat aku hanyalah dari rahim kamu.
Sikapnya persis sikap kamu.
Jadi janganlah kamu curiga lagi.
Kerana?
Ya, betul kata hati kamu itu.

*mencubit dagu kamu*

sakura, 23:12pm

HAPUS

01 July 2013

kau materialistik.
kau si jalang yang rasa diri kau indah.
hakikatnya kau adalah malapetaka.
malu jadi kau.
kau tidak sedar buruk itu apa.
kau bermulut busuk.
tiada akal bijak cuma egois bodoh.
kau hanyalah abu kotor.
merosakkan pemandangan.

*menarik tirai sehingga koyak*

sakura, 23:07pm

MANJA MENANGIS

12 Jun 2013

si manja merungut :

saya penat cari awak, awak pergi mana?
saya tak jumpa awak, awak kat mana?
awak selalu hilang. awak kenapa awak diam?
awak dengar tak? kenapa awak tak bagi respon?
saya menangis.. :( kesian saya :(

"awak, sorry! saya pergi melawat hati awak tadi"

*si manja terdiam dalam pelukan*

sakura, 21:50pm

SELEPAS INI

30 April 2013

Bismillahirrahmanirahim.

kini aku telah ditutupi dari segala dosa besar bagi seorang kaum hawa. 
Alhamdulillah. aku sudah berjaya.
Aku sudah mula beralih ke arah yang benar. ini semua berkat dari Allah
juga nasihat yang tidak putus dari seorang insan yang dianugerahkan olehNya pada aku.

Aku sudah mula mencari kebenaran,
perlahan-lahan aku mencari dan kini aku sudah berada di check point yang pertama.
ya! banyak lagi laluan yang perlu aku tempuh 
sebab halangan itu terlalu serabut di depan aku.

Aku tak pernah fedup.
sebab aku tahu Allah bersama aku.
kekadang betul aku kalah sebentar,
tapi aku bersyukur. kerana masih diberi peluang
aku bersyukur kerana masih punya semangat. 
Semangat itu milik aku yang diberi olehNya.

dan kau wahai manusia durjana.
jangan pernah berhenti dari mencari dosa 
kalau kau rasa kau selalunya betul.
aku tetap doakan kau temui cahaya 
supaya kau berterima kasih kepadaNYA.

*hati hitam kian pudar warna*

sakura, 16:07pm

HANCUR LULUH

12 April 2013

di saat aku berdiam, kau memaksa aku untuk bersuara 
bersuara satu dunia supaya tahu kebenarannya.
aku degil!! sehingga satu hari kau menengking aku!
lalu aku berfikir dan sedar. Silap aku selama ini.

Jadi aku buat keputusan yang betul!
ya! aku buat yang betul!
kini satu dunia telah tahu keadaan sebenar.
aku gembira! aku puas! dan kamu riang!
hanya beberapa bulan sahaja.
kamu mula menunjukkan dinginnya suasana.
aku sejuk. sejuk dengan ketakutan yang melanda hati aku.
kau berdalih seribu kata setiap kali aku meminta sesuatu yang wajar.

apa sebenarnya? Dugaan? tapi kenapa kamu menimbulkan curiga?
malam menjelma sudah. aku bersedia untuk menangisi setiap perkara terjadi hari ini.
juga esok, seterusnya dan mungkin berlanjutan.
Kau sibuk dengan Duniawi.
aku sibuk dengan ingin memulihkan keadaan

mungkin kita tidak ditakdirkan.
Restu? ya mungkin kita tidak direstui.
saat ini. hati aku mengundur. 
Astaraghfirullah.

*aku mencari nur*

sakura, 01:39am

JERSI BOLA

04 April 2013

assalammualaikum.

mari teman saya cuci sawang dalam belog ni!
alamak ada labah-labah kecil comel pula!

saya gembira, saya senang, saya seronok
Alhamdulillah keadaan kembali pulih dengan baik,
mungkin hanya orang tertentu sahaja tau.

tapi yang pasti saya sedih bila MU kalah hari tu.
OMG! what's wrong? 
by the way alang-alang dah kalah tu saja nak promote pembekal jersi terbaik di Kuala Lumpur. 
ehehe. bukan Malaysia ye? :P
if ada rakan-rakan pembaca yang berminat nak memiliki Jersi Bola yang bermutu dan murah aje!!! 
tidak di khas kepada penyokong MU, penyokong lain juga boleh!!!
Korang pergi dekat link ini :

https://www.facebook.com/pages/Jersi-murah/316671405127601

Glory Glory Man United!! lalalalala

*belek jersi Real Madrid* 

sakura, 00:54am

KAMU

30 march 2013

bukan mudah.
bukan mudah.
bukan mudah.

memang bukan mudah.
setiap kata dari bibir merah jambu?
bukan mudah untuk dipercayai.
rupa indah, dalam macam haram.
tak selesa? jadi kenapa?
jangan beritahu aku walaupun aku kenal kamu.
jangan tunjuk diri bodoh itu depan aku
sebab? bukan mudah untuk aku memaafkan kamu nanti.

naluri kecil ini masih ada rasa hormat pada si sakit ini.
kerana telah banyak simpati pada dia yang dilihat.
diam seribu satu malam.
anggap ini tiada apa-apa.
jangan risau. kau tetap aku anggap baik.
kerana bukan mudah untuk membenci.

*perhatikan kamu dari dekat penuh kesakitan*

sakura, 02:09am

PUIH

06 march 2013

bukan senang nak cari 
bukan senang nak jumpa

setiap perlakuan itu ada kepayahan pada mulanya
setiap usaha itu ada kegagalan pada mulanya
semua itu bukan pengakhiran
kerana permulaan ada di depan, sedang menanti.
benar-benar di sempadan.
besar ganjarannya, tak rugi langsung.

cuma....
cuma....
cuma jangan lupa asal usul
setelah sampai ke puncak
sebab takut tuan tanah datang terajang keluar
halau dari tempat berdirinya sang juara 
sekarang bergelar bekas juara yang tak reti bersyukur.
puiih!!

*rendam kaki dalam sungai*

sakura, 02:34am

SEPULUH

09 Feb 2013

mahu bicara sesuatu
tetapi tidak tahu apa yang akan diluahkan dari mulut
mahu menulis sesuatu
tetapi tidak tahu abjad apa akan ditaip
jadi lebih baik tidur.
bukan tapi bersenam
bukan hitung bintang
bukan juga! hanya perlu berdoa.
sudah lama sejadah itu menunggu aku.
rindu ingin mencium bau telekung putih.

*ambil wuduk di sungai bersih*

sakura, 01:03pm

BARU

05 Feb 2013

Bismillahirahmanirrahim...

Terima kasih Ya Allah

Hanya itu yang mampu aku ungkap.

*Alhamdulillah menadah tangan*

sakura, 03:00am

SUDAH PENAT

28 Jan 2013

sekuntum bunga mawar merah, 
aku jaga ia dengan baik, 
aku siram bunga tu! setiap hari.
supaya bunga tu terus mekar di depan mata aku.

aku harapkan bunga mawar ini tetap percaya 
bahawa aku yang layak menjaganya
kenapa?? khianat?
ahh! tak mungkin!
kau semua dengki kan?

dan aku cuba petik bunga mawar yang indah ini.
tetapi! aduh! 
kenapa duri menyucuk jari aku?
jadi benarlah kau tidak percaya pada aku?
sedangkan aku cuba petik kau untuk aku hiasi dalam rumah ini.
bukan dibuang. :')

duri kau telah membuat jari aku menitis darah
sakit! tergamak kau mawar merah!
sudah berulang kali kau tusuk jari ini.
dan sampai saat itu.
kau buat lagi mawar!

aku sudah penat menjaga kau,
terlalu lama aku bertahan. 
luka yang aku dapat?
Mungkin kau seronok,
Mungkin kau sekuntum bunga, tetapi tak mahu dijagaku.
Maafkan aku.
Aku terpaksa letak di luar pagar rumah.
duduklah kau di situ.
Semoga ada yang ingin menjaga kau.
Jangan kau tusuk dia dengan duri lagi.
Seperti aku.

terima kasih
kerana izinkan aku bertahan dan menjaga kau mawar merah berduri. :')

*mencium bau mawar merah*

sakura, 01:55am

LUPAKAN SAJA

15 Jan 2013

engkau siapa?... kekasih mu sayang
engkau dari mana?... hati mu sayang
engkau milik siapa? engkau milik siapa?

...soalan atau perangkap? kenapa kau tidak tahu jawapan kepada soalan itu? 
aku tahu kenapa kau tanya aku
kerana kau curiga pada aku
boleh. buatlah. 
aku hanya akan diam dan diam dan diam

saat aku merasakan "bisa" dari sikap kau
aku hanya akan tersenyum dan embun pedih akan keluar dari mata ini.

ketika kau melutut pada aku,
terimalah kenyataan jawapan ini.
"lupakan sahaja" :')

*tulisan kabur*

sakura, 22:26pm

MERAH YELLOW

10 jan 2013

bunga mawar merah mekar 
dihias dalam pasu kecil atas meja.
guli kaca sudah mampat dalam balang
dijaga setiap hari mawar merah.
dinding batu putih menyerlahkan kemerahan mawar.
terbuka jendela angin sepoi menjenguk
terbang halus langsir putih.

pintu kayu terbuka perlahan
masuk bersama bunga matahari.
menggantikan tempat mawar merah yang kian layu.
jahanam!

*guli kaca berterabur di atas lantai putih*

sakura, 00:34am

ANJING HITAM

06 Jan 2013

seteko air teh untuk dicicah dengan biskut,
biskut lembik dalam teh,
pudar terus warna teh.
nak minum pun geli,
bukan kerana biskut semata-mata,
tetapi kerana 'orang' yang menyicah biskut itu,
mungkin lalai mungkin paksaan,
supaya warna teh pudar.

seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat,
rakyat membelot menentang pemimpin,
buruk terus personaliti pemimpin,
nak percaya pun susah,
bukan kerana rakyat semata-mata,
tetapi kerana 'anjing hitam' punya angkara,
mungkin lalai mungkin paksaan,
supaya pemimpin dipandang serong.

*rumah buruk masih ada yang singgah*

sakura, 00:15am


YEAR 2013

03 Jan 2013

Selamat Tahun Baru 2013

dah lama tak update blog.
inilah masanya uuntuk update.
banyak benda nak update.

31 Dec 2012 - was my birthday.
Happy Belated Birtday to me. :)
i got a laptop from my dad.
it was awesome! The latest Windows 8 and i5 intel.
thanks daddy.
my mom gave me a shoe :) 
so sweet. thank you momy
my grandma gave me $$ :)
yeay! thankyou Ma.

01 Jan 2013 - New Year!
i'm so excited!
Alhamdulillah. i still can breath in this small world.
Thank you Allah. 
make a wish! and new me!

Thats all.
open sem, almost come.
so i think i should get prepare from now :)

*cuci sawang dalam blog*

sakura, 21:03pm