SEBUT

20 July 2013

Kupas kulit limau,
isi ranum,
tapi masam,
terus campak dalam longkang.

macam tu lah si cantik yang suka menipu. 
Sialan.

*tikus berkeliaran dikakinya*

sakura, 00:00am

KEGEMARAN

19 July 2013

apa kegemaran kamu?

kali kedua aku tanya, jangan buang masa aku.
apa kegemaran kamu?

"kamu"

*merah pipi marah atau malu?*

sakura, 19:10pm

ORI ITU ASLI

19 July 2013

Seriously!!
You talk to much my girl!

"well then, answer me! barang ni original atau tidak?"

i don't care, yang penting kamu original untuk aku. Serabutlah! 

"ermmmm..okay!" ^_^

*the girl keep talking to her bf and talking non stop"

sakura, 19:03pm

ANGKA 143

13 July 2013

sampai bila? jam berapa harus berakhir?
bilang pada aku.
sepatah pun tiada jawapan.
kau bisu? atau bodoh?

"yang pasti cinta aku untuk kau tiada angka"

jangan jiwang dengan aku.
aku sedang marah.

"aku cuma berkata benar, selamat malam"

*rambut diusap lembut, lampu dipadam. Tidurlah gadis lurus*

sakura, 00:26am

SCAN HATI

12 July 2013

Saya minta maaf.
Saya tak pandai scan harga.
Jangan paksa saya.

apa yang awak tahu?

"scan hati awak" .

*silent moment*

sakura, 18:20pm

SEMUA SATU

10 July 2013

Kau cuit hati aku pakai jari.
aku tak rasa apa-apa.

kau cuit bibir aku dengan nafsu.
aku tak rasa apa-apa.

kau cuit cinta aku dengan satu lafaz.
aku terkedu. 

aku kini bergelar isteri.

*dahi dicium sang suami*

sakura, 00:37pm

AKU SIRIUS

08 July 2013

Sayang kamu.
Cinta kamu.

Zuriat aku hanyalah dari rahim kamu.
Sikapnya persis sikap kamu.
Jadi janganlah kamu curiga lagi.
Kerana?
Ya, betul kata hati kamu itu.

*mencubit dagu kamu*

sakura, 23:12pm

HAPUS

01 July 2013

kau materialistik.
kau si jalang yang rasa diri kau indah.
hakikatnya kau adalah malapetaka.
malu jadi kau.
kau tidak sedar buruk itu apa.
kau bermulut busuk.
tiada akal bijak cuma egois bodoh.
kau hanyalah abu kotor.
merosakkan pemandangan.

*menarik tirai sehingga koyak*

sakura, 23:07pm