BISMILLAH

21 dec 2012

bismillah 

siapa kata 21 dec 2012 ni adalah tarikh berlakunya kiamat?
mengucaplah!! kepada siapa yang percaya NASA amerika syarikat atau Kalendar Maya tu daripada Allah.
saintis mungkin betul mengenai meteor atau planet x (nibiru) tu.
tapi kiamat. Hanya Allah sahaja yang tahu dan itu rahsiaNya.

kita sebagai umat Islam mesti kuat iman dan percaya pada pegangan agama kita.
bukan meng-iyakan apa yang mereka kata.
takut itu bagus supaya kita sedar yang dunia ini hanya pinjaman.
jadi?? bertaubatlah kepadaNya.
masih belum terlambat. Insya Allah.

Sesungguhnya Kiamat itu pasti, cuma kita tidak tahu bilakah masanya.
wallahualam

*istifar sambil merenung langit*

sakura, 02:30am

OMONG

22 nov 2012

kau darjat ku,
aku mahkota mu.

cuba kau ingat kembali di mana letaknya hormat kita?
kerana aku sudah bosan untuk ingat semua itu.
bila kau menghilang,
darjat ku rendah.
bila aku memberontak,
mahkota mu goyah.
kita sebenarnya sama sahaja.

aku tidak tahu apa kau fikir.
yang penting aku tidak ambil tahu.

*rambut kusut macam hantu*

sakura, 22:01pm

TEMAN TAK KEMBALI ( MUHAMMAD AMIRUL MAZLAN )

o5 sept 2012

assalammualaikum
di sini ingin aku berkongsi satu cerita benar.

aku punya kawan.
aku punya junior.
aku punya rakan seperjuangan kolej.
aku punya teman bergurau.

Amirul Mazlan (mieyoi) telah pergi ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya pada 30 sept 2012. pemergian beliau amat mengejutkan kami di sini. 
Ya Allah begitu mudah Kau mencipta kami, beri kami nyawa,
Ya Allah begitu mudah juga Kau mengambil nyawa itu kembali.
Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui. Wallahualam~

aku teringat kali pertama aku bersembang dengan dia

Aku : mieyoi! mana kenal adeeq? tak pernah jumpa, tapi senyum2
Mieyoi : heyy. instinct istinct. bila ikhlas nak berkawan mesti kenal.
aku : ahaha pandai lah!
Mieyoi : ahahaha thanks adeeq sebab tolong mieyoi, :)
aku : alaahh. no big deal lah!
mieyoi : amboiii! ahaha

alhamdulillah dia telah dapat tawaran berlakon Masihkah Ada Ramadhan tayangan di astro baru-baru ni. 

Mieyoi : deeq! mieyoi dapat tawaran berlakon. jangan gitau sapa2 tau (excited)
aku : ye ke? ya Allah rezeki! berlakon dengan sapa?
mieyoi : erman manan ada.
aku : best tu!
mieyoi : ahaha tu lah! tapi sekarg tgh pikir macam mana nak g tganu, sebab klas lagi kan.
aku : ooo. itu kena berunding lah tu. :) 
mieyoi : tu lah! eh! adeeq! ingat! jangan gtau sapa2. segan lah mieyoi!

setelah itu, beberapa minggu sebelum kejadian. dia sangat pendiam. sangat suka lari dari aku dan yang lain. tapi satu hari aku terlihat dia. dan dia lihat aku. kemudian dia keluarkan satu trademark dia, (senyum sampai lebar sampai nampak gigi) kelakar sungguh. itulah kali terakhir aku bertentang mata dengan dia.

arwah pergi dengan jaket kegemaran dia yang sebelum ini jadi bualan aku dan dia.

aku : adq tgk mieyoi suka pakai jaket ni.
mieyoi : ahaha. sejuk pakai jaket ni. selesa.
aku : ooo. patut suka.
mieyoi : haaaa. tau takpe. lagi satu dik. jaket ni paling mahal yang mieyoi ada (bisik)
aku : (tertawa)
Amirul Mazlan bersama rakan kelas Batch 2 Teater
(dari bawah, duduk mencangkung)

Gambar terakhir fotoshoot beliau untuk teater arahan pertama dan terakhir beliau "Elegi Hati Ibu" di Aswara baru-baru ni

namun semua itu telah berlalu. aku sangat rindukan arwah. aku bersyukur kerna dapat melihat wajah arwah sebelum dikebumikan. Semoga rohnya ditempat orang yang beriman. insya Allah. Al-Fatihah~

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tiada-lagi-ramadan-buat-zali-1.90805?localLinksEnabled=false&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

http://ondscene.my/kemalangan/penuntut-aswara-maut-motosikal-terbabas

KM 5.7, Lebuhraya Persekutuan 
arah pusat bandaraya
Kuala Lumpur
30 Sept 2012
9 pagi


*180893-300912 pergi mu tak kembali kawan*

sakura, 05:25am

PUTIH KOTOR

17 sept 2012

assalamualaikum

pembuka bicara,

duduk di tepi tingkap
memandang suasana diluar.
langit mendung tiada cahaya.
kenapa matahari tidak mahu berjumpa lagi?

gula putih tertumpah di atas kain,
putih sahaja, suci yang dapat.
putih yang tetap tidak sempurna
jangan jadi manusia yang buta!
buta dalam cinta, dalam hati, dalam fikiran.
nescaya ada yang tidak setuju,
kerana putih semua jadi hamba,
kerana putih semua jadi gila,
kerana putih semua jadi tamak,
kerana putih semua jadi pembunuh,
kerana putih semua jadi ketagih,
kerana putih semua jadi syaitan!

binasa dalam hidup itu pasti bersama putih.
ludah pada dia yang memuja putih.
sampai bila putih akan jadi raja?

*timbang putih masuk lokap tali gantung*

sakura, 17:11pm

SEBUT

13 sept 2012

cuba korek satu makna,
jangan gelabah ketika mengoreknya,
apa yang ada dalam makna itu,
selalu memegang kamus dunia.

susah untuk mentafsir sesuatu makna itu,
tapi akal berkata "ini lah jawapannya"
hati menurut. sempat memberi makna.
sayangnya, salah.
menyesal sampai nak gila.
itulah balasannya
pegang kamus dunia, tapi sekadar dalam tangan.

arghh! hilang arah tumpuan,
datang si bidadari cantik,
berkata manis, bukan nak goda, tapi hasut.
bidadari menghasut? bodoh!
kenapa? itulah hakikatnya.
baik tak semestinya mulia.
tapi mungkin itu pasti.

*dakwat pen habis*

sakura, 23:56pm

KERING

01 Ogos 2011


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan! (11 ramadhan)


sawang dalam belog! cuci! cuci!
sebenarnya teringin nak main bunga api ngan mercun pop pop! :(
rindu suasana kampung, nak balik!
tapi tiket dah habis!
macam mana ni? raya kat Kuala Lumpur?
hutan batu ni?
seronok ke? macam tak je!
sebab keluarga berkumpul kat kampung!
tapi sang bunga ni, beraya di metropolitan ni je,
mesti senyap dan sunyi tempat ni nanti.
tak ada kawan yang lain, 
nak ziarah kubur arwah atuk dengan moyang :(
rindu suasana di hutan hijau sana.
udaranya sangat lembut,
langit sangat putih,
awan sangat ceria,
matahari main sorok-sorok belakang awan!
ramai saudara datang berkunjung di kampung :'(
tapi sang bunga ini??
sesat di metropolitan.
asap yang kotor,
sunyi di jalan raya,
hanya tinggal plastik kosong beterbangan.
lagu raya cuma untuk didengar sahaja,
bukan dihayati,
kini sang bunga menjadi layu,
tiada riang di wajah,
menangis kerana pelangi tidak muncul,
menemani dia.


*duduk ditingkap merenung ke langit*


sakura, 23:11pm

MATA

17 july 2012


matanya tidak beralih dari melihat ke sudut itu, dan si dia yang berada di sudut itu, sering terlihat dan memerhatikan gerak geri mata itu, "apa sebenarnya mahu dia?" perasannya si dia berkata pada hati, suatu hari si dia ditegur secara baik oleh mata itu, si dia hanya memberi kata biasa, "jadi diri sendiri sudah". lama kemudian, si dia kian rapat dengan mata itu, "baik juga mata ini" si dia masih terus berkata pada diri. si dia menjadi janggal dengan keromantisan mata itu, ketika mata itu tiada di hadapan si dia, si dia terus mencari kerana inginkan teman senyum, tibanya mata di hadapan si dia, lalu senyum dilemparkan, "ada teman untuk tersenyum" si dia riang sendiri dan tetap cuba berlagak seperti sudah biasa. mata sering menemani si dia sejak itu, si dia cuma mampu tersenyum. "mata ada di sini lagi!" . hari berganti hari, masa detik tanpa henti, kini mata harus pergi, meninggalkan si dia. si dia hanya diam dan senyum. "boleh kah berjumpa lagi mata ini?" si dia melihat mata, dan si dia berlalu hilang.


"mata itu sudah tiada lagi" 


*si dia tiada teman senyum lagi*


sakura, 01:05am

ILHAM

16 july 2012


ingin tulis sesuatu untuk seseorang,
tapi akal mulai kering,
hati terasa kosong,
mengapa perlu ada sebatang pen ditangan ini?
sehelai kertas kosong terpapar di atas meja.

conteng, conteng, conteng


masih lagi celaru,
masih tiada hasil,
laci minda sudah selerak dengan idea lapuk,
berhabuk minda,
bersawang jalan penyelesaian,


punah segala ilham,
cuba dan masih cuba,


ternampak sebuah buku tebal di sudut meja yang lain,
berjalan ke arah itu,
mula memegangnya,
menitis air mata,
memeluk kerana sayu,
mencium seribu kali tanpa kesal,


berkata pada diri,
"inilah ilham aku"


*buka surat pertama Al-Quran*


sakura, 03:25am

PECAH

15 july 2012


si kuntum riang berjalan...
terpijak pula serpihan kaca..


menangis di atas jalan.
datang sang kumbang menghampiri,
sambil menutup dadanya..


sang kumbang : awak tak apa-apa?
si kuntum : sakit, berdarah.
sang kumbang : bagi saya tengok
si kuntum : tengok lah, saya terpijak kaca. kaca siapa entah.
sang kumbang : ermm. maafkan saya.
si kuntum : kenapa pula?
sang kumbang : itu kaca saya.
si kuntum : kaca awak?


si kumbang yang sedang duka menghulurkan hati kacanya yang retak hancur,
kosong ditengah,


si kuntum : kosong kat tengah tu. kaca yang saya pijak ni ke?
                 saya cantumkan ya? :)


sang kumbang : ........... :')


*hati kaca sudah bercantum kembali*


sakura, 01:40am

SIAPA ITU SIAPA

10 july 2012


wah! nak beli baju itu lah!
"siapa dah pakai?"


kalau buat website baru menarik ni
"siapa dah buat?"


nak panggilan baru lah!
"siapa sebenarnya?"


tak perlu ikut, sendiri hari ini
"siapa ada situ?"


cuma ingin berehat di bawah pohon rendang
"siapa yang ajak?"


siapa siapa siapa siapa???
siapa itu siapa??


*si gadis berlalu dengan marah*


sakura, 04:00am

KAWAN, TEMAN, SAHABAT

23 june 2012


aku ada ramai kawan!
dalam kawan aku itu,
aku ada teman,
dalam teman aku itu,
aku ada sahabat,
dan dalam sahabat itu pula,
aku ada kebahagiaan dan keceriaan


siapa kawan aku?
ramai! tak terkira! semua bermacam jenis,
ada yang kategori A, kategori B, kategori C, kategori D pun ada,
paling teruk, yang tak ada kategori. :P
aku tahu kawan ada yang makan kawan,
aku tahu kawan ada yang niat sebaliknya,
tapi aku tahu yang aku kuat hadapi semua tu.
aku cuma perlu Dia di atas sana :)


siapa teman aku?
hanya beberapa orang! 
mereka lah yang selalu sedih dan hibur bersama aku,
mereka yang tahu apa itu erti teman yang perlu dihargai.
mereka sering buat aku senang bersama mereka
tatkala aku dalam kesedihan atau kesusahan.
mereka juga kadang-kadang saling bergaduh,
membuatkan aku pening,
tapi percayalah aku sayangkan mereka sepenuh hati,
aku tahu mereka juga sayangkan aku,
aku tahu aku banyak kurangnya,
aku banyak lemahnya dalam berkawan,
tapi mereka juga banyak bimbing aku,
mereka lindungi aku tak kira di mana aku,
aku rasa itu walau mereka jauh,
walau mereka nafikan,
biarlah aku yang rasa itu,
aku ada kakak, ada adik, ada abang,
aku beruntung dari yang lain,
aku kenal mereka dua tahun yang lalu,
dengan perasaan benci dan menyampah,
kini aku dan mereka saling sayang,
mereka yang benci aku, 
begitu juga aku,
kini saling sedar kami memerlukan,
kami serasi ketawa dan menangis,


Aroha, Pinky, Nisha, Along, dan Anip itulah mereka!
tiada yang dapat jadi unik seperti mereka,
aku bertuah!


siapa sahabat aku?
hanya seorang!
dia yang ada bersama aku sejak 2 tahun yang lalu,
ingat lagi aku ketika kami bergambar di dataran merdeka,
bersama teman yang lain,
ingat lagi ketika kami buat lawak bodoh di kafe sebelum dia pulang ke kampung,
ingat lagi aku tentang kisah keluarga yang kami kongsi,
ingat lagi aku ketika anggapan pertama aku pada dia ;')
ingat lagi aku ketika kami bergaduh besar,
hanya dua kali dalam sejarah kenalan kami,
ingat lagi hadiah pertama yang aku beri pada dia,
ingat lagi hadiah pertama yang dia beri pada aku, setelah sekian lama, 
ingat lagi ketika dia mengatakan aku oksigen dia,
ingat lagi aku ketika dia menggosok kepala aku kerana nakal aku, :')
ingat lagi aku ketika dia bercakap pasal topik ''shit'' dekat KfC semasa dulu,
ingat lagi aku ketika dia kecewa dengan aku,
ingat lagi aku ketika dia melatah, :D
ingat lagi aku ketika dia membantu aku ketika aku susah,
menasihati aku ketika aku perlu,
dia tak jemu nasihat aku,
walau aku tahu dia sakit hati dengan kedegilan dan sikap aku,
walau aku tahu sudah banyak kali dia minta aku untuk matang, 
tapi hingga kini aku masih belum berjaya untuk penuhi semuanya,
dan aku usaha sehingga kini,


kadang-kadang aku juga terasa dengan sikapnya pada aku,
menangis aku dibelakangnya,
sembunyikan, 
sebab aku tahu dia tidak suka aku lembik, lemah, dan dia terlalu kuat!
ramai yang salah anggap tentang kami,
aku takut,
takut dia tidak tahan dengan ejekan orang ramai,
tapi dia kuat hadapi,
kerana dia sendiri tahu kebenaran, :')
kami tetap utuh bersatu dalam sahabat,
kerana kami perlu sesama sendiri untuk berjaya!
bukan hanya suka ria yang tiada arah tuju,
aku kagumi dengan kebijaksanaan dia,
dia sangat kreatif membuatkan aku ingin jadi pintar seperti dia,
aku cuba contohi yang baik tentang dia,
yang buruk, biarlah berlalu :P
aku suka ketawa bersama dia,
kadang-kadang dia pelik, kelakar, garang, sweet, dan bangang! :D
dan kami berkongsi masa depan.
harap kami berjumpa kembali selepas berjaya nanti :)
walaupun hari demi hari dia kian berubah,
aku tetap berharap kegembiraan dia bersama aku tidak berubah,
INSYA ALLAH :')


*aku tahu kamu yang membacanya akan faham*


sakura, 02:38am

LURUS SI DARA

31 may 2012


si dara merajuk manja,
si teruna cuba memujuk.


masih sama, tetap serupa.


teruna memakaikan helmet kepada dara.
dara diam, tanpa bicara.
naik sebuah motor, yang agak usang.


masih sama, tetap serupa.


berkata pula si teruna,
"mana tali pinggang saya???"


dara masih bingung, berbalas kata,
"tali pinggang mana pula?"


dungu si dara menghulurkan kedua tangan di hadapan dan meraba cari,
 jawab si teruna kini,
"saya dah jumpa, terima kasih budak lurus" :)


si dara diam dan diam dan senyum.


*tali pinggang masih terpasang*


sakura, 02:18am



ANAK AYAM

24 may 2012


berjalan seekor anak ayam hitam, 
cuba mendekati sebutir berlian.


datang pula seekor anak ayam putih,
cuba melindungi berlian itu.
anak ayam hitam berlalu.
senyap-senyap sedang merancang niat jahatnya.


berlian masih kekal bersama anak ayam putih.


*anak ayam oh anak ayam*


sakura, 01:59am

RKJS

01 may 2012


rumah kedai di jalan seladang mengisahkan tentang jajahan jepun di tanah melayu dan kehidupan gadis melayu sebagai perempuan cabaret.


kisah ini ditulis oleh A. Samad Ismail, berdasarkan kisah benar. dan cerita ini disampaikan melalui watak utama cerita ini, Leman (Leman di dalam cerita ini adalah wartawan pada ketika itu, dan merupakan A. Samad Ismail yang sebenarnya)


benar kata orang, kebanyakkan tulisan yang diisi oleh penulis selalunya berkaitan dengan kehidupan mereka.


antara watak tentera jepun

keluarga serizawa 

abaikan :P

penangkapan orang melayu oleh jepun

artis veteran yang hadir

(from left) my bff with dato' mustafa maarof

yamazaki san (ketua tentera jepun)

end of the show (secret recipes)

*teater moden bersurai*

sakura, 00:57am 

KEBENARAN

17 april 2012



berjalan dalam semak, 
cuba cari sesuatu yang hilang,
masih belum jumpa juga,
penat sudah kemari,


cuba tempuh rimba,
gelap gelita sekililing,
sesat atau cuma mainan fikiran,
keluh kesah menjadi tabiat.


apa yang dicari sebenarnya?


~cuma sedikit cahaya kebenaran


sakura, 20:18pm

ATTENTION

12 april 2012



malam esok segala kisah keluarga akan terungkai.
keluarga yang mencari kebahagiaan tetapi akhirnya teraniaya.


yang tinggal hanya anak lelakinya,
yang tertipu oleh sebuah keluarganya sendiri,
yang kehilangan segala kasih sayang sebuah keluarga,
yang menjadi mangsa sumbang mahram sebuah keluarga.


DBP Store Teater Kuala Lumpur.
pada 13 april, 14 april, dan 15 april 2012
jam 8.30 malam
tiket RM5 (pelajar) dan RM10 (dewasa)


DEKAM de FACTO 
oleh Darah Anak Seni Production (DAS)


sakura, 16:39pm

GELANDANGAN

17 march 2012


suatu malam hening di kota raya.
berjalan seorang aku di kaki jalan kota raya.
melepasi deretan bangunan lama yang kelihatan usang.


ternampak pula seorang lelaki tua bercompang-camping,
sendirian berjalan di kaki jalan hadapan aku,
tempang betongkat itulah dia.
langkah demi langkah diambil sehingga berselisih dengan aku
sambil tertunduk dia masih terdiam.


terdetik suatu rasa, rasa yang menyedihkan.
aku takut melihat dia yang bergelandangan di jalanan.
sendirian, tiada arah tuju, sunyi sahaja peneman dia, kosong.


lelaki tua itu menegur aku. 
sebenarnya..kau nak tahu..
aku lebih takut berada dalam situasi normal seperti kau.
situasi di mana kau serba ada, serba mampu, serba sederhana, serba kaya.
lebih baik aku hidup macam ni, tak ada bahayanya seperti hidup kau semua.


*terfikir sejenak*


sakura, 09:40am

TIRAMISU

12 march 2012



sambil makan tiramisu.
kedengaran muzik dimainkan di laptop.
"the one that got away" by katy perry.
mengingatkan pada sesuatu.


sesuatu yang cuba membuat aku tersenyum.


*mencari kunang-kunang*


sakura, 13:18pm

MISS YOU MOM

10 march 2012


i miss my mom,
okay goodbye.


*watching mom's photo*


sakura, 15:33pm

JAWAB

10 march 2012


manusia hidup dengan pelbagai propaganda.


persoalannya propaganda yang macam mana?


masing-masing ada jawapan sendiri. jawablah! 
~jangan ganggu aku, kerana aku juga ada jawapan aku sendiri.


*menggaru kepala yang bingung*


sakura, 11:04am

SUDAH PAGI

09 march 2012

jangan halang aku menulis 
tentang semua abjad yang bernyawa ini.
aku akan gabungkan jiwa abjad ini,
dan hidupkan semuanya di atas satu alas yang bernama kertas.

jadi...
jangan halang aku untuk menulis..!

*noktah dipenghujung ayat*

sakura, 02:53am

DALAM MATA

03 march 2012

tatkala hujan mencurah ke bumi. 
aku mula melihat ke lantai bumi.
titis air hujan sama seperti perasaan aku yang tenang.

hujan mula berhenti secara perlahan.
renyai namanya.
mentari menyusup keluar 
sembunyi malu disebalik awan.

aku lihat ke langit.
separuh pelangi muncul di lelangit bumi.
kemana separuh lagi?

~ ada di dalam mata awak.

*tertunduk mata kerana malu*

sakura, 18:04pm

SEPARUH LAGI

18 feb 2012


alkisah dari sahabat aku.


duduk seorang jejaka di sebuah bangku berwarna cokelat.
datang pula seorang gadis bertentangan di hadapannya.
jejaka yang sedang monyok terpandang sesuatu.
sesuatu yang tepat di dada seorang gadis.


si gadis mula mengerut dahi tanda kemarahan.
cuba untuk memarahi jejaka itu.


lalu tangan sasa si jejaka mula mendekati dada si gadis.
ditarik sebuah hati berwarna merah dari dada si gadis.
dipatahkan kepada dua.
disimpannya separuh di dalam poketnya.
ditiupnya separuh lagi ke langit.


kasihan si gadis harus mengejar separuh hati itu.
tanpa jemu dia mengejar untuk dapatkan kembali.


si jejaka terus menanti di bangku.


*menyapu sesawang dalam belog*


sakura, 00:22pm



GADIS MANJA

04 feb 2012




hadir seorang gadis manja .
rambutnya diikat tanduk dua .
mengomel dari tadi .
mencari di mana sang kekasih .


muncul dari belakang .
membawa sekeping kad berwarna merah hati .
tertulis sesuatu yang manis .


"dah lama tunggu saya? jangan tersenyum jika saya tak dimaafkan"


gadis manja mula berpaling.
memeluk sang kekasih dengan erat.
lalu sambil tersenyum, sang kekasih berkata...


"awak tak ikut arahan dalam kad itu" :)




*gadis manja hanya terdiam bahagia*


sakura, 19:26pm



BINGUNG

29 jan 2012


apa yang saya nampak ni? 
pelik je.


kak apa nama benda ni?


lantas dia menjawab... 
ia milik kamu :)


*saya kebingungan ketika memegangnya*


sakura, 01:54am

JANGAN FAHAM

20 jan 2011


tertunduk apabila terlihat sesuatu.
terkejut. takut. 


mahukan sesuatu.
sesuatu yang manis pahit.


berikan saya minuman satu.


*terhidang secawan kopi susu*


sakura, 14:33pm

SEBUAH NOVEL

15 jan 2012


kisah pendek seorang gadis.


Gadis sangat sayangkan si dia. Gadis tahu si dia adalah penawar untuk Gadis. 
Gadis tak mampu senyum seandainya si dia tiada di sisi nya. 
satu hari....
Ego Gadis ini cuba menyatakan dia tidak apa-apa andai si dia tiada disisinya.
Sebenarnya Gadis itu telah mendapat tahu suatu perkara. 
Tuhan sahaja tahu betapa hancur hati si gadis itu.
entah kenapa Gadis merasakan tidak adil baginya. Pernahkah si gadis bersikap tidak adil? Gadis masih tertanya-tanya. Gadis mungkin pernah tersilap. Tapi dari sudut mana? Ramai di antara mereka yang sering tersilap pandang, tersalah kata. Dari situ terjadilah salah faham. Kenapa si dia tidak mampu mempertahankan semua ini, sedangkan Gadis lebih merasakn kesakitan itu. Dari atas, bawah, kiri, kanan, depan , belakang. semua tomahan Gadis sendiri yang rasa. Gadis cuba untuk merahsiakan keadaan dirinya kerana Gadis tidak mahu si dia yang sedang sakit, bertambah sakit seperti Gadis. 


kenapa Gadis? kenapa buat macam tu? 
kata-kata yang keluar dari mulut sahabat Gadis tidak Gadis endahkan.
sebaliknya. Gadis tersenyum. 
terlihat si dia lalu dihadapan Gadis, Gadis menjadi ceria.


kini. wajah si gadis yang ceria bertukar kelam.
semalaman Gadis berfikir. Kenapa? Apa salah Gadis?
Gadis kini tak mungkin mampu bertahan seperti dulu lagi. 
Sakit dan perit Gadis menanggungnya. 
berikan kesakitan kepada Gadis.
beri kebahagiaan kepada si dia yang sememangnya milik dia.
Gadis redha. Lepaskan si dia. 


Gadis masih sayangkan si dia?


*menutup muka surat terakhir sebuah novel*


sakura, 11:43am

2012

08 jan 2012


HAPPY NEW YEAR! i think i'm not late for the wish.


hello 2012. bubye 2011.


azam baru saye ialah!!! tettttt.....tetttt...
cukupla saye dan Dia tau. 
semoga diberkatiNya. insya allah.


my class will start on 09 jan 2011.
hello my friends!


*praying to Allah*

sakura, 22:21pm