ANJING HITAM

06 Jan 2013

seteko air teh untuk dicicah dengan biskut,
biskut lembik dalam teh,
pudar terus warna teh.
nak minum pun geli,
bukan kerana biskut semata-mata,
tetapi kerana 'orang' yang menyicah biskut itu,
mungkin lalai mungkin paksaan,
supaya warna teh pudar.

seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat,
rakyat membelot menentang pemimpin,
buruk terus personaliti pemimpin,
nak percaya pun susah,
bukan kerana rakyat semata-mata,
tetapi kerana 'anjing hitam' punya angkara,
mungkin lalai mungkin paksaan,
supaya pemimpin dipandang serong.

*rumah buruk masih ada yang singgah*

sakura, 00:15am


No comments:

Post a Comment