NAIF

07 ogos 2011


kenapa dalam pertemuan ada perpisahan? 




saya tak mahu berpisah dengan awak. sebab saya tak mahu kehilangan awak. sementara? awak tahu tak sementara tu saja dah cukup untuk mengguris muka hati saya yang kecil nie.
saya tak mahu hati saya koyak. nanti kalau koyak. ''awak'' akan terlepas dari hati saya, saya tak mampu nak kejar awak, sebab hati saya cedera parah. awak. jangan pergi. jangan tinggal saya, nanti dekat siapa saya nak bagitau yang ''saya perlukan dan sayangkan awak'' ? atau awak dah jemu dengar saya cakap macam tu dekat awak? saya mintak maaf, saya tak bermaksud nak buat awak jemu. saya janji lepas nie, saya tak cakap dah macam tu, jangan pedulikan saya kalau saya cakap ''saya perlukan awak dan sayangkan awak''. Alamak! tercakap lagi. maafkan saya. saya tak perlukan awak, but i need you. saya tak sayangkan awak, but i love you. :( tolong maafkan saya. saya tak mahu awak tinggal saya seorang diri. "saya need awak, and saya love awak" T.T


*si jejaka mengusap air mata ''cinta'' nya yang naif*




sakura, 15:09pm

LINTASAN

06 ogos 2011


jaga baik-baik. jangan sampai jatuh. memanglah tak apa kalau jatuh. tapi takut nanti tiba-tiba retak. ye lah, bukan kita boleh jangke bila ia nak retak. sakit nanti. dah retak satu hal. pecah nanti habis lah!! langsung tak boleh ubat. boleh ubat ke? macam ambil mase jer nak ubatkan. cedera teruk pulak tu. ubat apa yang mujarab? tak tau? sama lah. langsung tak ada doktor yang nak merawat. bukan sebab mahal. tapi sebab masih belum jumpa penawar dari doktor. takkan nak bia macam tu jer? plaster la .. parut? tak apa, nanti sapu ubat hilang parut. pedih? habis tu nak buat macam mana? biarkan ia terubat sendiri lah. degil sangat. sampai bila? mungkinkah?




*kaca pecah berderai*


sakura, 21:50pm

SEKETIKA

04 ogos 2011


kisah dua pasangan ~


sampai hati awak buat saya macam ni, kenapa awak sanggup tipu saya macam tu sekali? setelah saya menyayangi awak, awak mula mengecewakan saya dengan berita yang mengejutkan saya, awak telah bersama dengan orang lain secara diam-diam.
selama ini? awak hanya talam dua muka dengan saya? kenapa awak buat saya macam ni?
awak permainkan perempuan seperti saya? sanggup awak bersikap macam tu sekali.
saya ingat awak baik dengan saya, tapi rupanya tidak. awak hanya permainkan hati saya.
saya gembira dengan awak selama ini, tapi awak mula bunuh saya perlahan-lahan.
saya tak berdaya nak melawan perasaan sakit ini. kenapa awak buat begini pada saya?
soalan yang sama terus bermain dalam kepala saya. saya tak dapat menyangka awak sebegitu sekali menikam hati saya. saya gembira dan hargai setiap kali awak hadir dalam hidup saya, walau seketika. terima kasih..


sekiranya awak bahagia, jauhilah saya,
sekiranya awak berduka, carilah saya.


*menghitung detik*


                                                                     ............TAMAT...........


sakura, 21:44pm





KUNCI

04 ogos 2011


tolong tengok dalam mata ini,
bukan bohong yang aku mahu.
tapi kejujuran.


terima kasih kerana menyembunyikan kejujuran jauh terkunci dalam pintu hati.
kunci hati? ke mana kau buang?
kau sepatutnya menyediakan kunci spare.
bodoh! aku malas bergaduh dengan kau.
sekarang pintu hati itu terkunci buat selamanya??


eloklah. kau memang sengaja nak sabotaj aku kan?
seronok tengok aku banjirkan mata aku dengan perigi duka?
baiklah. kita lihat nanti.


kunci! kunci! kat mana aku nak cari kunci tu!!??


~bunyi pintu terbuka..




*pintu hati diceroboh*


sakura, 03:36am

RAMADHAN

02 ogos 2011


Salam . Ramadhan datang lagi.


Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarakh kepada semua umat Islam. :)
Semoga Ramadhan kali ini, penuh bermakna buat kita semua.


wahh! banyak nye sawang dalam blog nie. kene cuci nie.
lama betol tak update blog. busy sejak bukak sem nie :)


bdw. aku seronok sangat tahun nie, 
dapat berpuasa dan berbuke dengan kawan-kawan rapat aku. 
tapi sedih jugak sekali sekala, sebab jarang dapat berbuke dengan momy :(
cian kat momy berbuke cowang-cowang :(
tak apa, sahur same-same nanti :D ngee~


oh! sem nie, kami semua Tahun 2, busy dengan PTKK (produksi teater kanak-kanak)
aku dilantik menjadi PM (Production Manager) dalam produksi kami :)
sangat tension and penat buat kerja nie, penat di otak dan fizikal. ahahaha 
*skema pulak ayat nie* :P
yer lah, pengalaman pun tak ada, dulu jadi Costume Designer jer.
>.< *itu pun dah perit*
tapi alhamdulillah .. cebab dapat pegang jawatan besar nie,
dapat merasa macam-macam rasa 0.o'' huh!


apa-apa pun thanks to my friends (fb- SHYTOON PRODUCTION) cause always support me :) 


*terawih*


sakura, 20:15pm





NISFU SYAABAN

17 july 2011


Ya Allah, kami mohon kepadaMu, ampunkanlah dosa kami yang lagi hina dan jahil ini.
Kami inginkan keredhaan dariMu Ya Allah, diketika bulan Syaaban ini, segala amal ibadat kami akan dihitung olehMu Ya Allah, dan akan ditukarkan dengan buku catatan yang baru. Kami gentar Ya Allah, dan kami mohon keampunan dariMu Ya Allah. Kami mengharapkan nur hidayah dari Mu Ya Allah. Kami mengharapkan amal kami lebih dari mungkar Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Ya Maha mengetahui segala perbuatan kami yang terbuka dan tersembunyi. ~wallahualam.


Salam Nisfu Syaaban


*menadah tangan kepadaNya*


sakura, 06:40am



PIL CINTA

14 july 2011






B: kenapa dengan awak?
G: saya tak ada mood :(


esoknya...


G: kenapa dengan awak ni?
B: saya...
G: awak ...? apa? :)
B: saya tak ada mood, happy, sedih, sunyi, exciting, annoying, macam-macam lah awak. :(
G: aiikk! kenapa banyak pula awak punya feeling ni? ehehe :D
B: sebab saya makan pil yang awak bagi semalam.

G: pil? pil apa? bila pula?
B: pil cinta ... :)
P: mengada awak ni :) *tersipu


*terlebih dos pil cinta, kesan buruk menimpa*


sakura, 21:44pm