Shasha dan atuk tinggal di rumah tengah ladang lavender di Brownville:) kat situ Shasha selalu menari dan menyanyi bila waktu senja :) Shasha selalu menolong atuk dia di ladang, Shasha sangat periang walaupun dia tahu, hidup dia tidak lama. suatu hari, datang seorang jejaka kacak ..
"hai nama saya Damiel" . Shasha terus berlari ke rumahnya dan memberithu atuknya yang ada tetamu tak dikenali datang ke ladang mereka. Rupanya lelaki itu pelanggan yana mahu beli lavender di ladang atuk. :) lama selepas itu, Shasha mula berkawan dengan Damiel, dan Damiel pula mula jatuh hati terhadap Shasha. Pernah juga Damiel luahkan perasaanya, namun Shasha tak pernah membalasnya. Damiel semakin hari semakin sayang kepada Shasha, setiap kali merindui Shasha, Damiel akan datang ke ladang dan menemani Shasha di ladang Lavender :)
Suatu hari Shasha rebah di tengah ladang , Damiel sangat terkejut, Damiel menjadi panik lalu dia terus bawa Shasha pergi ke sebuah hospital kecil di hujung pekan. Doktor mengesahkan Shasha sudah semakin hampir dengan masanya :( Damiel sangat terkejut mendengar semua keterangan dari doktor bahawa Shasha mengidap kanser paru-paru tahap kritis. Atuk Shasha sangat sedih dan menangis setiap malam dan terus mendoakan Shasha. T.T
Suatu malam, Shasha meminta Damiel membawanya pergi ke tengah ladang Lavender untuk mengira bintang. Walaupunn badan Shasha semakin lemah, Shasha masih berdegil dan terus memaksa Damiel. Damiel tak mampu menolak, lalu terus mendukung Shasha dan duduk ditengah ladang sambil memeluk Shasha dari belakang.
"Damiel, ingat tak dulu Shasha tak pernah jawab bila Damiel kata Damiel cintakan Shasha, sebenarnya, Shasha dah lama sayangkan Damiel lebih dari Shasha sayangkan Lavender nie"
Air mata Damiel mengalir pilu mendengar kata-kata Shasha, tapi semua itu sudah terlambat baginya. "Jangan cakap banyak lah budak comel. Nanti bertambah sakit tu" . Tersenyum lemah Shasha, dan nada suaranya yang semakin lemah berkata "Izinkan Shasha tidur sekejap ya sayang? 5 minit sahaja" Damiel terus menganggukkan kepalanya dan membiarkan Shasha tidur, baru beberapa saat berlalu "Shasha! bangun!" . Shasha terkejut dengan panggilan Damiel, "ya...sekejap saja..Damiel, Shasha cintakan Damiel".
Seminggu kemudian...
Di tengah ladang Lavender...
"5 minit dah lama berlalu sayang, kenapa Shasha tipu Damiel? Shasha tak beri peluang untuk Damiel katakan yang...Damiel cintakan Shasha lebih dari Shasha cintakan Damiel".
Air mata Damiel terus mengalir sambil melihat langit mendung dan ditiup angin bayu, sunyi yang Damiel rasakan selama itu walaupun warna indah unggu menghiasi kelilingnya. Kini Damiel bersama atuk Shasha mengusahakan Lavender, ketika Damiel merindukan Shasha, Damiel akan memetik sebakul Lavender dan menziarahi kubur Shasha. Haruman Lavender sering berada di kubur Shasha...
Tamat~
*Selamat Tinggal Lavender ku*
sakura, 00:11am
No comments:
Post a Comment